“Saya Tak Struggle Pun..” – Marissa Dania Nafi Dakwaan Perlu Sara Hidup Sendiri, Berniaga Sebab Bosan

EntertainmentLifestyle
29 Aug 2025 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, anak kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim tampil menafikan dakwaan bahawa dirinya seorang isteri yang perlu bekerja keras demi menyara hidup sendiri.

Dapat dilihat menerusi potongan klip daripada siaran langsung di TikTok, Marissa memilih untuk berniaga dalam bidang tudung kerana itu merupakan kemahuan sendiri, selain mahu mengisi masa lapang.

‘Isteri-isteri yang struggle cari duit’. Tidak adalah. Saya tidak ‘struggle’ pun. Saya bosan jadi saya buat siaran langsung sekejap sambil gosip-gosip.

Melalui video tersebut, kelihatan Marissa sedang mempromosikan tudung jenamanya sambil membalas komen-komen netizen.

Sekadar info, nama Marissa sejak akhir-akhir ini kembali menjadi bualan ramai selepas Abby Abadi mendedahkan mahu menyelamatkannya daripada hubungan toksik, malah mendakwa gadis itu sedang cuba untuk meninggalkan hubungan tersebut tapi perlukan sedikit masa.

image is not available 2025-08-28 16:59:22

"Marissa Memang Nak Diselamatkan Tapi Dia Minta Bagi Masa" - Abby Abadi