'Saya bukan lari dari Sikamat' - Aminuddin

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya bukan lari dari Sikamat' - Aminuddin
Aminuddin

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan keputusannya bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi bukannya lari dari Sikamat, sebaliknya mahu lebih berbakti kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau memaklumkan Sikamat merupakan tempat bermulanya perjalanan politik beliau sebagai wakil rakyat

"Saya bukan lari dari Sikamat. Empat penggal saya di Sikamat. Dari seorang ADUN pembangkang sehingga menjadi Menteri Besar, saya masih di Sikamat.

"Pada tahun 2008, Sikamat yang sudi memenangkan saya dan kerjaya politik saya bermula di sana. Susah, lelah saya penduduk Sikamat yang tahu," katanya menerusi hantaran di Facebook.

DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH

Jangan jadikan krisis institusi Diraja sebagai bahan kempen - PM

PRN Negeri Sembilan: Aminuddin tinggalkan Sikamat, bakal bertanding di Linggi

Beliau mengimbau detik awal perjuangan politiknya ketika beroperasi dari sebuah pejabat kecil di atas kedai dan berdepan kekangan peruntukan sebagai wakil rakyat pembangkang.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan bersama penyokong dan penduduk bagi mengumpul dana serta melaksanakan program kebajikan demi membantu masyarakat setempat

"Pejabat atas kedai, dari biasa-biasa saja, kini lebih baik keadaannya. Dulu, semasa peruntukan pembangkang terhad, macam-macam cara kami cari duit untuk mendapatkan bantuan untuk penduduk di sana.

"Yang bersama susah senang saya sendiri tahu bagaimana kami sama-sama mencari dana, buat program untuk penduduk di sana," katanya.

Malah beliau turut menyifatkan hubungannya dengan pengundi di Sikamat sudah seperti sebuah keluarga.

Tambahnya, keluarganya sendiri turut selesa dengan masyarakat di DUN berkenaan.

"Setiap kali pulang mengadakan program bersama rakyat Sikamat, rasa macam pulang ke kampung sendiri. Semua keluarga saya. Keluarga saya pun dah selesa dengan penduduk Sikamat.

"Isteri dan anak-anak saya pun dah biasa dengan orang Sikamat. Begitulah saya dengan Sikamat," katanya.

Menteri Besar Interim itu berkata, dia telah berpesan kepada penggantinya di DUN Sikamat iaitu Nor Azman Mohamad supaya menjaga kawasan itu dengan baik seperti mana yang dilakukannya.

Mengulas lanjut keputusan bertanding di Linggi, Aminuddin menegaskan ia dibuat atas pilihan sendiri kerana mahu membawa pengalaman dan khidmatnya kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Saya ke Linggi atas kehendak saya. Saya ingin berbakti kepada penduduk DUN Linggi. Jika Allah mengizinkan kemenangan, saya akan bekerja lebih keras lagi untuk penduduk di DUN Linggi,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved