Pelakon veteran, Rahim Omar mengakui masih belum melunaskan tunggakan sewa rumah berjumlah kira-kira RM7,000 yang didakwa tertunggak sejak dua tahun lalu, meskipun kini sudah berpindah ke kediaman lain.
Menurut Rahim, dia tidak pernah berniat mengelak daripada tanggungjawab itu, malah pernah bertemu pemilik rumah bagi mencari jalan penyelesaian. Namun, pertemuan tersebut didakwanya tidak berjalan seperti yang diharapkan.
AdvertisementDakwa pemilik rumah bersikap sombong
Rahim berkata dia sanggup datang dari jauh semata-mata untuk berbincang mengenai tunggakan sewa, namun kecewa dengan layanan yang diterima.
View this post on Instagram
“Saya ada pergi jumpa dia (pemilik rumah), namun dia bersikap sombong. Saya sanggup datang dari jauh-jauh untuk berjumpa dan menunggu dia, tetapi cara dia bercakap dengan saya itu agak sombong.”
“Sepatutnya boleh sahaja dia cakap elok-elok, sebab niat saya datang untuk bertemu kerana nak selesaikan (tunggakan sewa rumah).”
“Pada masa itu, kalau cerita pada orang pun, macam tidak percaya sebab saya nak dapat duit memang susah.”
Rahim berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan peserta program Kilauan Emas Selebriti di Astro, Bukit Jalil.
Tiada tawaran berlakon selama beberapa bulan
Mengulas isu yang pernah tular di media sosial sebelum ini, Rahim menjelaskan keadaan kewangannya ketika itu benar-benar terjejas selepas tidak menerima sebarang tawaran lakonan selama enam hingga tujuh bulan.
View this post on Instagram
“Saya tidak pernah berniat nak melarikan diri daripada tanggungjawab membayar sewa rumah itu. Cuma pada tahun lepas, saya memang tiada ‘job’ berlakon selama enam hingga tujuh bulan.”
“Saya hanya duduk di rumah sebab berdepan fasa sukar kerana tiada tawaran lakonan. Anak saya ada dapat bantuan zakat sebanyak RM800 setiap bulan, jadi saya kena tambah RM300 lagi (untuk bayar sewa).”
“Sumber pendapatan saya terjejas dan jumlah tunggakan sewa sudah RM7,000. Waktu itu memang saya susah sangat, sebab nak dapatkan RM300 pun susah.”
Masih belum bayar, namun mahu selesaikan sedikit demi sedikit
Rahim memaklumkan sehingga kini tunggakan tersebut masih belum dijelaskan, namun dia bercadang untuk melunaskannya secara berperingkat apabila keadaan kewangannya semakin stabil.
Menurutnya, dia kini mula menerima semula tawaran berlakon dan yakin mampu menyelesaikan bayaran sewa yang tertunggak itu.
Bermula 22 Ogos ini, Rahim bakal menyertai program Kilauan Emas Selebriti bersama sembilan lagi peserta termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Rashan Baba, Zila Bakarin, Amyza Aznan, Khaty Azean, Maria Tunku Sabri, Mubarak Majid dan Fazlina Ahmad Daud.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Tak Menidakkan Atau Mengiyakan Status Saya" - Aliff Aziz Nafi 'Play Victim', Cari Kekuatan Memaafkan Diri
The post “Saya Bukan Lari Tanggungjawab, Cuma Memang Susah” – Pelakon Lelaki Akui Belum Bayar Tunggakan Sewa Rumah RM7,000 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






