“Saya Bukan Nak ‘Backup’ Staff” – ‘Founder’ Spa Terkenal Nafi ‘Menekan’ Pekerja Kejar Sale Sehingga Dimaki Dan Dihina, Bekas Staf Bersuara

3 Sep 2026 • 3:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Beberapa perkongsian pengguna media sosial yang mendakwa pernah bekerja dengan sebuah organisasi kini mencuri perhatian selepas mereka tampil berkongsi pengalaman masing-masing mengenai suasana serta pengurusan di tempat kerja berkenaan.

Difahamkan, reaksi itu muncul apabila ‘founder’ spa berkenaan tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia memaksa para pekerja untuk mendapatkan ‘sale’ sehingga dimaki dan dihina di dalam group ‘WhatsApp’.

Advertisement

Menerusi ruangan komen di Threads, beberapa individu mendakwa pernah menjadi kakitangan dan pengurus sebelum ini, malah ada yang mendakwa masih mengingati pengalaman yang dilalui ketika bekerja di situ.

Seorang pengguna mendakwa kebajikan kakitangan tidak diberikan perhatian sewajarnya selain mempersoalkan cara pengurusan staf serta keputusan pemindahan pekerja.

“Hek eleh tegas pale buto laa, kau kebajikan staff pun tak reti jaga, suka2 hati transfer staff kesana sini…” tulisnya.

Dalam masa sama, seorang lagi pengguna yang mendakwa pernah memegang jawatan pengurus berkata pengalaman yang dilaluinya masih diingati sehingga kini.

“Ex manager here. Sampai mati ya sy akan trus ingat apa yg dia buat kat sy,” katanya.

Turut mendapat perhatian ialah komen seorang individu yang mendakwa pernah bekerja sebagai pengurus di sebuah pusat perubatan selama setahun.

hanan medispa Image from: “Saya Bukan Nak ‘Backup’ Staff” – ‘Founder’ Spa Terkenal Nafi ‘Menekan’ Pekerja Kejar Sale Sehingga Dimaki Dan Dihina, Bekas Staf Bersuara

Menurutnya, pengalaman tersebut didakwa memberi kesan besar terhadap dirinya sehingga dia mendapatkan bantuan profesional.

“Me pernah jadi manager dekat Hannan Medispa for a year. Sampai kena minor stroke dan pergi psychiatrist because of him and his team. Dia tak sepatutnya bersuara,” tulisnya.

Bagaimanapun, dakwaan yang dikongsikan pengguna media sosial berkenaan merupakan pandangan dan pengalaman individu yang membuat hantaran, dan tidak boleh dianggap sebagai pengesahan terhadap dakwaan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

capik lalat2026-08-29 13:24:16

Capik Lalat Mengaku Pernah Pukul Bekas Isteri, Pendakwah Tampil Beri Teguran - "Lelaki Dayus"

The post “Saya Bukan Nak ‘Backup’ Staff” – ‘Founder’ Spa Terkenal Nafi ‘Menekan’ Pekerja Kejar Sale Sehingga Dimaki Dan Dihina, Bekas Staf Bersuara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved