Kamal Adli minta kecaman terhadap Uqasha tidak babit hal peribadi

Entertainment
3 Sep 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kamal Adli minta kecaman terhadap Uqasha tidak babit hal peribadi

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli tampil bersuara selepas drama terbaharu lakonan bekas isterinya, Uqasha Senrose, Madu Atau Racun, menerima kecaman susulan beberapa adegan yang dianggap mencetuskan kontroversi.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal mengakui dirinya bukan individu yang layak untuk mengulas lanjut mengenai drama berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon filem Abang Long Fadil itu memohon agar orang ramai tidak melampaui batas dengan mengheret hal peribadi Uqasha, termasuk perkara berkaitan anak mereka.

“Salam rakyat, minta maaf sangat. Saya tahu saya tak layak cakap apa-apa tapi pasal isu drama Madu Atau Racun itu.

“Saya harap sangat korang jangan attack personal Uqasha sampai melibatkan nama anak saya dan benda lain,” tulisnya.

Dalam pada itu, Kamal menjelaskan bahawa dia tidak menyokong perkara yang menjadi pertikaian berhubung drama tersebut, namun berharap kecaman terhadap Uqasha tidak dilakukan secara berlebihan.

“Saya tidak sokong tapi janganlah sampai libatkan personal dan rezeki Uqasha ya. Terima kasih rakyat, sayang rakyat comel,” katanya.

Terdahulu, drama Madu Atau Racun yang dibintangi Uqasha Senrose, Aliff Aziz dan Elisya Sandha mengundang kontroversi selepas beberapa adegan didakwa tidak bersesuaian dengan budaya serta pegangan agama masyarakat.

Susulan itu, terdapat segelintir pihak yang mendesak agar drama berkenaan ditarik balik daripada siaran.

The post Kamal Adli minta kecaman terhadap Uqasha tidak babit hal peribadi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved