“Saya bukan nak berdendam dengan makcik” – Bekas Kekasih Influencer Islamik Bersuara Lepas ‘Spill Tea’

Entertainment
31 May 2024 • 4:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih influencer yang sedang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini tampil membuat kenyataan baharu selepas mengeluarkan kenyataan mengejut mengenai hubungannya dengan lelaki itu.

Menerusi rakaman video bersama mStar, wanita yang dikenali sebagai Atyka mengakui bahawa dia pernah menjalin hubungan dengan influencer tersebut. Tambah Atyka, dia tampil bersuara kerana mahu menyelesaikan isu yang berlaku antara mereka secara baik.

Menurut Atyka yang juga seorang pelakon baharu, influencer tersebut telah menyekat nombornya. Oleh sebab itu, dia berharap lelaki itu tampil bersua muka dengannya untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Saya ada hubungi dia untuk berjumpa, sebab saya tak nak keruhkan lagi keadaan tapi saya di block. Saya tak memburukkan dan saya cuma cakap jangan nafikan, sebab ada hal lain antara saya dan dia yang masih belum selesai. Dia tahu apa hal itu.

“Saya pun sudah berhenti muat naik sebarang posting di Instagram. Saya hanya nak dia berjumpa dengan saya sahaja,” ujar Atyka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dalam pada itu, Atyka juga meluahkan rasa terkilan dengan tindakan ibu influencer terbabit yang dirasai melampaui batas.

“Saya rasa tak adil. Saya minta maaf… saya bukan nak berdendam dengan makcik tapi cara makcik cukup kurang ajar. Saya rasa makcik sedar diri sebab bukan saya sahaja yang cakap begini.”

Terdahulu, Atyka memuat naik sijil kursus kahwin bersama influencer tersebut sebagai bukti mereka pernah menjalinkan hubungan.

Malah Atyka juga ada berkongsi paparan skrin mesej dihantar ibu lelaki berkenaan yang menyebut mengenai dirinya.

Sumber: Instagram, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.