'Saya bukan warga asing' - Calon Bersatu DUN Labu

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 11:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya bukan warga asing' - Calon Bersatu DUN Labu
Mohamad Hanifah

SEREMBAN – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker menafikan dakwaan yang mengaitkannya sebagai warga asing, sambil menyifatkan perkara itu sebagai fitnah tidak berasas.

Menurutnya, pendekatan menyebarkan fitnah dan memainkan sentimen perkauman atau identiti bukan lagi sesuai dalam landskap politik semasa.

"Kempen-kempen memfitnah kata pasal bangsalah, pasal itulah. Zaman ini tidak boleh pakai dah. Ini tahun 2026.

"Politik lapuk ini buanglah. Politik politik juga, akhirat jangan lupa. Esok kau cari den (saya) di akhirat nanti," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Ujarnya, tuduhan yang mendakwanya sebagai warga asing merupakan satu fitnah yang tidak berasas .

"Saya menggesa pihak tertentu yang toksik agar berhenti menyebarkan maklumat palsu," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved