“Saya Cuba Selamatkan Tapi..” – Bapa Bayi Lemas ‘Bersuara’, Cerita Kejadian Sebenar

11 Jul 2023 • 4:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemui mati lemas akibat terlepas daripada pegangan bapanya ketika berkayak di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling.

Menerusi laporan Kosmo, bapa mangsa iaitu Mohamad Afiq Kasim berkata, mereka sekeluarga pergi ke lokasi itu untuk berkelah bersama rakan-rakan namun tidak menyangka tragedi malang itu menimpa bayi sulung mereka.

Menurutnya, dia bersama anaknya dan seorang lagi budak lelaki yang merupakan anak kepada rakannya telah menaiki pelampung berbentuk seperti bot.

image is not available

Pelampung itu tersangkut dekat ranting pokok buluh yang terjuntai ke dalam air.

Jelasnya lagi, dia cuba untuk menyelamatkan pelampung daripada terbalik namun gagal kerana arus sungai yang deras.

Dalam keadan kelam kabut, saya sempat selamatkan anak rakan, namun anak saya terus dihanyutkan air.

image is not available

Susulan itu, Afiq menjerit meminta pertolongan dan beberapa orang kanak-kanak kampung yang sedang mandi di kawasan berhampiran cuba menyelam untuk mencari anaknya, namun gagal ditemui.

Mujur, bayi dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq itu ditemukan semula dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 hours ago

Bayi Lemas Dibawa Bapa Berkayak, Penduduk Kampung Dakwa Ada Cerita Misteri