“Saya Cuma Boleh ‘Terima Kasih'” – Driver Terkedu Pelancong India Tak Bayar Tambang Teksi, Netizen Panas Hati

Travel
5 Aug 2026 • 12:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang pemandu teksi di Vietnam dikenali sebagai Kwan yang didakwa menjadi mangsa penumpang enggan membayar tambang selepas tiba di destinasi.

Menerusi rakaman tersebut, Kwan yang menjalankan tugas seperti biasa menurunkan seorang pelancong dari India sebelum memaklumkan jumlah tambang yang perlu dibayar.

Advertisement

Hanya bayar dengan ucapan ‘terima kasih’

Bagaimanapun, penumpang itu didakwa memaklumkan dia tidak mempunyai wang dan hanya mampu mengucapkan terima kasih sebagai “bayaran” sebelum terus meninggalkan lokasi.

“Saya tiada duit untuk bayar tambang, saya hanya ada terima kasih sahaja untuk saya bayar kamu.”

Tindakan itu menyebabkan Kwan dilihat terpinga-pinga dan hanya mampu melihat penumpangnya berlalu pergi tanpa cuba menghalang secara agresif.

Netizen beri pelbagai reaksi

Rakaman tersebut pantas mengundang perhatian netizen.

Ada yang bersimpati dengan nasib pemandu teksi berkenaan, manakala sebahagian lagi mempersoalkan mengapa dia tidak bertindak menghalang penumpang tersebut daripada beredar.

Selain itu, terdapat juga dakwaan daripada pengguna media sosial yang mendakwa kejadian pelancong asing enggan membayar tambang teksi bukanlah sesuatu yang baharu di Vietnam.

Ramai turut meluahkan rasa geram terhadap tindakan lelaki berkenaan yang didakwa mampu membeli-belah, namun enggan melunaskan bayaran tambang teksi.

Pemandu didakwa terlalu terkejut untuk bertindak

Menurut perkongsian yang tular, situasi Kwan sedikit berbeza kerana dia tidak bertindak memarahi atau mengejar penumpang terbabit.

Sebaliknya, dia memilih untuk meneruskan perjalanan bagi mengelakkan teksinya menghalang laluan dan menyusahkan pemandu lain.

Dalam masa sama, seorang individu yang mendakwa dirinya juga pemandu teksi berpendapat Kwan berkemungkinan terlalu penat dari segi fizikal dan mental sehingga tidak mampu memberikan reaksi terhadap apa yang berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sam lim2026-08-05 11:20:26

"Kau Pun Orang Kenal Sebab Bini Kau" - Sam Lim Mohon Maaf, Isu Dakwaan Paksa Live Host Kerja 24 Jam, Ruang Solat Kotor

The post “Saya Cuma Boleh ‘Terima Kasih'” – Driver Terkedu Pelancong India Tak Bayar Tambang Teksi, Netizen Panas Hati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved