Di manakah Khairul Ikhwan?

5 Aug 2026 • 9:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Di manakah Khairul Ikhwan?

AMPANG JAYA – Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah keluarganya di Apartmen Taman Cahaya di sini dengan menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai orang hilang (OH) daripada bapanya pada pukul 12.18 tengah hari tadi.

Katanya, kehilangan remaja terbabit disedari kira-kira pukul 5 pagi Ahad lalu apabila dia didapati tiada di dalam bilik tidurnya.

“OH itu dipercayai keluar dari rumah dengan menaiki motosikal Yamaha Y15 berwarna ungu milik pengadu.

“Usaha mengesan OH berkenaan telah dijalankan oleh ahli keluarga, namun gagal sebelum laporan polis dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, OH dikenali sebagai Muhammad Khairul Ikhwan Amir, berusia 17 tahun 10 bulan dengan ketinggian kira-kira 168 sentimeter, berat 70 kilogram, berkulit sawo matang, berambut pendek berwarna hitam dan tidak memakai cermin mata.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan IPD Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Saiful Shahfuzi Mohd Radzi di talian 019-3202055. – KOSMO! ONLINE

The post Di manakah Khairul Ikhwan? appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved