“Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Umrah Kalau Saya Menang” – Shah Firdaus Sahrom Mohon Maaf Tak Bawa Pulang Emas

12 Aug 2024 • 11:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom terkilan tidak dapat membawa pulang pingat untuk Malaysia.

Seperti yang ramai ketahui, Shah Firdaus terlibat kemalangan ketika dalam perlumbaan final acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Shah Firdaus memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana mengecewakan harapan semua untuk meraih pingat emas pertama untuk Malaysia tatkala peluang itu sudah ada.

Sebenarnya saya sudah berjanji dengan ibu saya, jika saya menang. Saya akan membawa mereka pergi umrah tetapi Allah tahu apa yang lebih baik untuk saya.

Saya sudah nampak segalanya di depan mata saya, saya nampak pingat sudah 100 peratus di depan saya, Badan saya berasa baik, kaki saya berasa baik dan saya yakin.

image is not available

Dalam perlumbaan yang mendebarkan itu, pelumba berusia 28 tahun itu sudah beraksi baik dan dalam kedudukan tiga teratas sebelum terjatuh selepas terlibat kemalangan dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano.

Meskipun begitu, Shah bangkit dan meneruskan perlumbaan dan berakhir dengan kedudukan keenam.

image is not available

Sebelum itu, Shah disangka berada di kedudukan keempat namun Jack Carlin meletakkannya dalam status REL (disingkirkan).

Pemberian status itu difahamkan ekoran tindakannya menghalang terlebih dulu Nakano sebelum berlakunya perlanggaran.

image is not available 10 hours ago

"Sudah Tiba Masanya Saya Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Lumba Basikal Profesional" - Azizulhasni Awang Umum Bersara