Saya dah minta peguam hantar notis tuntutan – Mohamad

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 12:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saya dah minta peguam hantar notis tuntutan – Mohamad

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa membuat sangkaan jahat terhadap beliau.

Kenyataan itu merujuk kepada satu hantaran pemilik akaun di media sosial, dipercayai berkaitan isu kelewatan pembekalan baja di Kedah.

Mohamad berkata, beliau sudah meminta peguamnya menghantar surat tuntutan kepada pemilik akaun berkenaan serta beberapa pemilik akaun lain yang dikenal pasti melakukan perkara sama.

“Nak bersuara, tak ada masalah. Tapi kalau dah sampai menuduh tanpa bukti, buat sangkaan jahat, itu dah cerita lain.

“Saya dah minta peguam hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun berkenaan serta pemilik akaun-akaun lain yang dikenal pasti membuat perkara sama,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Mohamad berkata, media sosial sememangnya menyediakan platform untuk menzahirkan pendapat, namun tegasnya, ia mesti dilakukan dengan bertanggungjawab.

“Media sosial memberi ruang untuk bersuara, tetapi setiap kenyataan tetap datang dengan tanggungjawab,” ujarnya.

Kosmo! pada 7 September lalu melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah.

SPRM Kedah menerima aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia pada 26 Ogos lalu dan satu kertas siasatan telah dibuka.

Siasatan berhubung isu tersebut dilakukan SPRM Kedah bagi menyiasat bukan sahaja daripada aspek jenayah, namun termasuk sebarang isu kelemahan tatakelola yang wujud sehingga berlakunya kelewatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Saya dah minta peguam hantar notis tuntutan – Mohamad appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved