‘Saya dah tak boleh diam’ – Wawa Zainal dedah anak jadi mangsa buli

EntertainmentLifestyle
24 Nov 2026 • 2:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya dah tak boleh diam’ – Wawa Zainal dedah anak jadi mangsa buli

PETALING JAYA – “SEBELUM ini anak saya pernah cerita kawan sekelas dia pernah tumbuk dan pulas tangan dia.”

Demikian perkongsian pelakon Wawa Zainal yang mendedahkan anak lelakinya pernah menjadi mangsa buli rakan sekolah.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, dia sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangan mengenai perkara tersebut kepada suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel.

Bagaimanapun, Aeril pada awalnya menganggap perbuatan berkenaan sebagai gurauan biasa dalam kalangan kanak-kanak lelaki selain berpendapat anak mereka perlu belajar berhadapan dengan cabaran kehidupan.

“Selepas itu, saya cerita balik dekat ayah dia tetapi ayah dia respons waktu itu, ‘Ala, biasalah yang (sayang), budak-budak lelaki gurau. Lagipun biarlah dia (anak) hadap dunia ini keras.

“Kalau manja sangat, nanti macam-macam lagi dia kena hadap pada masa akan datang. Asalkan dia tak ada rasa sakit, lebam atau luka, mungkin itu gurauan kawan-kawan,” katanya menerusi Threads.

Bagaimanapun, Wawa yang juga pelakon filem Budak Pailang itu mengakui tidak lagi mampu berdiam diri selepas anaknya mendakwa menjadi mangsa tuduhan terhadap perkara yang tidak pernah dilakukannya.

“Tapi hari ini, bila anak saya cerita dia dituduh buat sesuatu yang dia tak buat, saya rasa saya dah tak boleh diam,” ujarnya.

Untuk rekod, Wawa mendirikan rumah tangga dengan Aeril pada 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya dah tak boleh diam’ – Wawa Zainal dedah anak jadi mangsa buli appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved