“Saya dalam fasa explore diri” – Gaya Rambut Disamakan Dengan Siti Kasim, Ain Husniza Beri Respon

Entertainment
1 Aug 2023 • 2:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menjelang, pastinya ramai dah mula berkempen dan akan ada individu-individu yang terkenal turun padang untuk melaungkan tanda sokongan mereka. Antaranya, adalah aktivis Ain Husniza Saiful Nizam.

Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya di Twitter baru-baru ini, bukanlah perihal kempen mahu pun parti yang jadi perhatian. Orang ramai katanya tertumpu kepada penampilan baharunya yang berambut perang. Ada antara mereka yang menyamakan rambutnya itu dengan Siti Kasim.

Bagaimanapun ada juga yang memberikan persamaan itu sebagai satu perkara yang positif, bukannya sarkastik.

image is not available

image is not available

Peka dengan apa yang diperkatakan netizen, Ain Husniza dalam satu ciapan menyatakan bahawa dia kini memang sedang mencuba warna rambut.

Dalam perkongsian itu, turut dilampirkan gambar rambutnya yang diubah dengan bermacam jenis warna. Bahkan dia juga akui bahawa dirinya kini berada di dalam fasa meneroka diri sendiri.

Sebelum ini, nama Ain pernah menjadi bualan seluruh masyarakat Malaysia apabila dia mendedahkan seorang guru di sekolahnya yang membuat jenaka rogol.

Sejak kes itu, Ain aktif berkongsi kesedaran tentang isu-isu pendidikan, kanak-kanak serta hak wanita menerusi media sosial miliknya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.