Pelakon Norish Karman meluahkan rasa terkilan apabila namanya sekali lagi menjadi perhatian susulan dakwaan kononnya dia menerima bayaran RM200,000 menerusi sesi siaran langsung bersama figura terkenal dalam perniagaan.
Menurut Norish, dakwaan itu bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, malah anak-anaknya turut menerima tempias apabila dihina dan dicaci netizen.
Saya tak dapat pun RM200,000 tu tapi dapat malu. Bukan saja saya, anak-anak turut dicaci.

Menerusi podcast itu juga, Norish menjelaskan dia dan anak-anak hanya hadir bekerja dan menerima bayaran atas usaha mereka.
Sebagai seorang ibu, dia hanya mahu memberikan kehidupan yang lebih baik buat anak-anak termasuk kemudahan kenderaan untuk bergerak dan berniaga.
Dalam masa sama, Norish turut berkongsi bahawa keluarganya masih hidup sederhana dan tidak memiliki kereta mewah seperti yang disangka sesetengah pihak.
Kami tidak ada kereta mahal. Kereta saya kalau bawa memang bunyi macam-macam. Tapi saya okey, saya tidak malu.
Tambah pelakon drama Spa Q itu, perkongsiannya bukan bertujuan meraih simpati, sebaliknya mahu memberi inspirasi bahawa hidup perlu diteruskan walaupun berdepan pelbagai kesusahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anak Norish Karman Tegur Netizen Gara-Gara Disuruh Cari Kerja - "Itu Bukan Nasihat, Itu Kutuk"
The post “Saya Dapat Malu, Anak-Anak Turut Dicaci” – Norish Karman Dakwa Tidak Terima Bayaran RM200,000 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![“Kami Datang Untuk Bekerja” – Norish Karman Nafi Dakwaan Dapat RM200,000 Dari Ahli Perniagaan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Norish-Karman-jelas-dakwaan-dapat-RM200000-800x467.jpg?t=1779961459)




