Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menafikan dakwaan seorang ejen hartanah yang mendakwa pernah membantunya mencari tanah pada tahun 2023 tanpa menerima sebarang bayaran.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Aliff menegaskan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang pembelian hartanah melalui individu berkenaan, sekali gus mempersoalkan tuntutan bayaran yang dibuat terhadapnya.
“Awak itu ejen properti, saya tak beli properti dengan awak, kenapa pula saya kena bagi awak duit? Setahu saya, kita akan hulur orang itu duit, bila kita dah setuju nak beli. Awak ada bukti saya buat pembelian dengan awak? Resit dengan awak? Yang awak nak kata saya perlu bayar awak?”
Dalam masa sama, Aliff turut menepis dakwaan bahawa dia hanya membantu golongan tertentu atau individu yang dikenali sahaja.
“Tak perlu cakap, ‘Aku ini bukan artis, sebab itu aku Datuk tak nak tolong. Saya dah bagi bantuan zakat, bantuan barang dapur, dan beri duit bukan pada seorang atau dua orang sahaja.”
“Dah beratus ribu orang, di Kedah, Kepala Batas, Sabak Bernam, Shah Alam, di KL dan dah berjuta-juta.”
Tambah Aliff, dia sendiri tidak terlepas daripada kesukaran mencari rezeki dan menolak tanggapan bahawa dirinya perlu sentiasa menghulurkan bantuan kepada semua pihak.
View this post on Instagram
Menurut Aliff lagi, sekiranya individu itu merupakan ejen hartanah, tuntutan bayaran sepatutnya dibuat kepada pihak penjual selepas urusan jual beli disahkan, bukannya kepada pembeli.
“Penatlah, hidup saya pun bukan senang mana, kalau nak menghulur orang duit 24 jam. Saya cari properti, dapat barang, dan kalau dah confirm, awak mintalah dengan dengan penjual, bukan minta dengan pembeli!” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Aku Cadangkan Zion*s Liw*t Jantan Dan Betina Yang Join GSF Kali Ke-4" - Hantaran Lelaki Ini Tuai Kecaman Ramai
The post “Saya Bukan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penatlah Nak Bagi Duit 24 Jam” – Datuk Aliff Syukri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
