“Saya Dedikasikan Buat Arwah Abah Yang Tercinta…” - Anis Suraya Syukur Raih CGPA 4.00

24 Nov 2026 • 1:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Saya Dedikasikan Buat Arwah Abah Yang Tercinta…” - Anis Suraya Syukur Raih CGPA 4.00

Penyanyi, Anis Suraya meluahkan rasa syukur apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK atau CGPA) 4.00 dalam pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Lebih menyentuh hati, Anis atau nama sebenarnya, Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman, 46,  mendedikasikan kejayaan tersebut buat arwah bapanya yang tercinta sebagai tanda penghargaan atas segala pengorbanan dan kasih sayang insan istimewa itu.“Alhamdulillah, syukur. Final result CGPA 4.00. Saya dedikasikan buat arwah abah yang tercinta,” coretnya menerusi hantaran di Threads.Dalam masa sama, Anis juga berharap ilmu dan pengalaman yang dikumpul sepanjang pengajian itu bukan sekadar menjadi pencapaian peribadi, sebaliknya dapat dimanfaatkan untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain.“Terima kasih kepada pensyarah UPSI atas bimbingan sepanjang pengajian, kepada suami dan anak-anak atas pengertian dan sokongan, Anis Ctr Fans, keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan yang sentiasa mendoakan saya.“Semoga ilmu yang diperoleh dapat saya kongsikan dengan pelajar dan generasi pecinta seni,” tulisnya.Untuk info, Anis sebelum ini menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Sumber: Instagram @anissurayaofficial 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved