Saya diberi tugas untuk ‘plot-twist’ lagu Jodoh Lebaran – Aisha Retno

EntertainmentMusic
5 Oct 2026 • 6:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saya diberi tugas untuk ‘plot-twist’ lagu Jodoh Lebaran – Aisha Retno

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Aisha Retno tampil memberi penjelasan berhubung persoalan netizen mengenai pemilihan lagu yang dibawakannya ketika menjayakan persembahan dalam sebuah acara.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipuljam, pemilihan lagu bagi sesuatu persembahan lazimnya dibuat berdasarkan kesesuaian dengan konsep yang ditetapkan pihak produksi.

Jelasnya, dia tidak boleh sewenang-wenangnya membawakan lagu sendiri sekiranya karya berkenaan tidak bersesuaian dengan konsep program.

“Jikalau menyanyi lagu ‘Tak Adil’, lagu itu sudah pernah dinyanyikan Petrova. Kalau nyanyi lagu-lagu dalam album saya, ia tidak menyatu dengan tema yang produksi salurkan.

“Temanya adalah ‘plot twist’, maka lagu ‘Jodoh Lebaran’ yang dipilih untuk saya diberikan tugas mem-plot-twist-kan lagu itu.

“Terusnya lagi, saya mengubah liriknya menjadi ‘Jodoh Sumandak’ dengan genre swing jazz,” katanya.

Terdahulu, seorang individu mempersoalkan tindakan Aisha yang dilihat sering membawakan lagu ‘Jodoh Lebaran’, namun hanya mengubah lirik lagu berkenaan setiap kali membuat persembahan.

The post Saya diberi tugas untuk ‘plot-twist’ lagu Jodoh Lebaran – Aisha Retno appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved