“Saya Eksploitasi Adam?” – Iman Wang Didesak Mohon Maaf, Wanita Maklum Nekad Saman Adam Autism Family

LocalEntertainment
17 Nov 2026 • 11:02 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Wanita yang menjadi perhatian ramai susulan kontroversi membabitkan keluarga Adam’s Autism Family di sebuah restoran baru-baru ini, Farah Fatini menegaskan bahawa dia tetap dengan pendirian untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa telah menjejaskan reputasinya.

Menerusi hantaran di Facebook, Farah memaklumkan dirinya masih berada dalam keadaan baik, namun mengakui kejadian tersebut telah memberikan kesan terhadap nama baiknya selepas menerima pelbagai tuduhan daripada orang ramai.

Advertisement

Malah, dia turut meluahkan rasa sedih apabila terdapat individu termasuk selebriti yang selama ini diikutinya di media sosial didakwa turut mengecam dirinya tanpa mengetahui perkara sebenar.

Wanita Terjejas Isu Autism Nekad Teruskan LOD

Menurut Farah, dia akan meneruskan tindakan dengan mengeluarkan surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) terhadap pihak terbabit, termasuk pengguna media sosial dan artis yang didakwa membuat tuduhan melulu.

“Alhamdulillah saya masih ok, damage has been done.. saya akan teruskan dengan LOD kepada pihak disana termasuk lah semua netizen dan artis-artis kita yang tuduh melulu tanpa siasat hal sebenar.”

Farah turut menjelaskan bahawa dirinya bukan seorang pempengaruh atau selebriti yang sengaja mahu meraih perhatian mahupun simpati masyarakat.

Sebaliknya, dia merupakan individu biasa yang telah bekerja dalam bidang sumber manusia (HR) selama lebih 15 tahun.

Dalam masa sama, Farah mendakwa mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kejadian tersebut, namun memaklumkan rakaman berkenaan tidak boleh didedahkan kepada umum atas faktor perlindungan data peribadi.

Dia turut menyerahkan urusan lanjut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Dakwa Keluarga Adam Ada Datang Untuk Berbincang

Farah turut merakamkan penghargaan kepada suami, ahli keluarga, rakan-rakan serta individu yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang kontroversi tersebut.

Malah, dia turut memuji layanan kakitangan restoran Macha & Co di The Curve dan menjelaskan bahawa syarikatnya telah memilih restoran sama untuk mengadakan majlis Deepavali buat kali kedua.

Dalam perkongsian sama, Farah mendedahkan bahawa anak kepada Iman Wan telah menghantar mesej peribadi kepadanya untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

Bagaimanapun, dia masih berpegang pada keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang.

Farah turut meminta orang ramai supaya tidak menganggap tindakannya sebagai tanda tidak mempunyai empati terhadap keluarga berkenaan kerana dia juga perlu mempertahankan reputasi dirinya.

Bapa Adam Buat Video Baru

Sementara itu, bapa kepada Adam, Iman Wan turut tampil memberikan penjelasan menerusi video di media sosial berhubung kehidupan keluarganya dan kandungan yang dihasilkan bersama anaknya.

View this post on Instagram

Menurut Iman, dia bukan sengaja mempergunakan Adam untuk meraih pendapatan, sebaliknya menjelaskan bahawa dirinya memikul tanggungjawab sebagai penjaga sepenuh masa, suami dan pencari nafkah keluarga.

Iman menjelaskan bahawa komitmen menjaga Adam sepanjang masa menyukarkannya untuk bekerja seperti individu lain yang mempunyai jadual pekerjaan tetap.

Oleh itu, penghasilan kandungan digital menjadi salah satu sumber pendapatan bagi menampung keperluan keluarga, selain berkongsi pengalaman membesarkan anak autisme sejak beberapa tahun lalu.

Dia turut menegaskan bahawa perkongsian tersebut bukan semata-mata bertujuan menjana wang, tetapi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai cabaran yang dilalui keluarga autisme.

Sebelum ini, Iman juga menjelaskan bahawa video kejadian di restoran itu dikongsikan bagi menggalakkan empati dan bukan bertujuan memalukan wanita terbabit.

Netizen Gesa Permohonan Maaf Daripada Iman Wang

Bagaimanapun, penjelasan tersebut masih menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mempersoalkan tindakan Iman dalam kontroversi berkenaan.

Menerusi ruangan komen di Threads, terdapat individu yang mendakwa Iman masih belum mengemukakan permohonan maaf secara jelas kepada Farah.

sfs

“And the apology still nowhere to be found…”

Seorang lagi pengguna turut berpendapat bahawa Iman sepatutnya menghargai usaha Farah dan kakitangan restoran yang telah memberikan ruang kepada Adam untuk menikmati makanannya.

Malah, ada yang meminta Iman mengambil tanggungjawab terhadap kesan daripada penyebaran video tersebut dan bukannya sekadar memberikan penjelasan mengenai tindakannya.

Terdahulu, kontroversi tercetus selepas keluarga Adam’s Autism Family berkongsi video memaparkan Adam menikmati makanan di kawasan bawah tangga sebuah restoran yang telah ditempah untuk majlis tertutup sempena Deepavali.

Bagaimanapun, Farah menafikan dakwaan bahawa dia menghalau keluarga tersebut atau mengarahkan Adam makan di bawah tangga, sebaliknya mendakwa telah membenarkan mereka menikmati makanan sebelum majlis bermula pada pukul 7 malam.

Kedua-dua pihak mempunyai versi berbeza mengenai kejadian berkenaan, sementara Farah dilaporkan telah membuat laporan polis dan menyatakan hasrat meneruskan tindakan undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Saya Eksploitasi Adam?” – Iman Wang Didesak Mohon Maaf, Wanita Maklum Nekad Saman Adam Autism Family2026-11-16 10:56:43

Hantaran Video Bapa Adam Autism Family Cetus Kecaman Ramai, Wanita Buat Laporan Polis Dakwa Situasi Dimanipulasi - "Langsung Tak Ada Mohon Maaf"

The post “Saya Eksploitasi Adam?” – Iman Wang Didesak Mohon Maaf, Wanita Maklum Nekad Saman Adam Autism Family first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved