‘Saya hadir untuk lihat sambutan rakyat’ - Tun M

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: ‘Saya hadir untuk lihat sambutan rakyat’ - Tun M
Pengunjung tidak melepaskan peluang bersalam dengan Dr Mahathir ketika Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada Isnin. Foto: FB Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kehadiran beliau ke Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya adalah untuk melihat sendiri sambutan rakyat terhadap hari bersejarah negara itu.

Lebih membanggakan, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sambutan berkenaan berlangsung meriah dengan penyertaan golongan muda daripada pelbagai kaum.

“Saya ke Perarakan Merdeka di Putrajaya untuk melihat sambutan rakyat. Saya gembira kerana sambutannya masih hangat.

“Tidak benar dakwaan kononnya anak muda tidak menghargai kemerdekaan. Saya melihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India dalam kalangan pemerhati. Wajah mereka ceria dan jelas mereka sedang menyambut kemerdekaan seolah-olah baru merdeka selepas dijajah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada Isnin, Dr Mahathir mencuri perhatian apabila hadir ke Dataran Putrajaya bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

Menerusi siaran langsung TikTok @chedetofficial, negarawan berusia 101 tahun itu dilihat melambaikan tangan kepada pengunjung sambil menaiki kerusi roda elektrik.

Kehadiran beliau sebelum ini turut mendapat perhatian ramai sehingga Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 tampil memberikan penjelasan berhubung tatacara pengurusan jemputan yang berkuat kuasa bagi sambutan berkenaan.

Dr Mahathir berkata, semangat patriotisme dalam kalangan anak muda amat penting bagi memastikan negara terus dipertahankan dan kekal kukuh.

“Semangat seperti ini akan mengekalkan negara. Tiada yang lebih mulia daripada mempertahankan negara tercinta,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved