Capai kata sepakat, kes saman Puteri Sarah terhadap Wiwi Darvinda selesai cara baik

LocalEntertainment
30 Aug 2024 • 12:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kes saman Puteri Sarah terhadap Wiwi Darvinda mencapai kata sepakat dan kedua-duanya setuju untuk menyelesaikannya secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Memetik laporan mStar, peguam yang mewakili aktres Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin iaitu Datuk Akberdin berkata perbicaraan kes tersebut tidak diteruskan.

Keputusan tersebut telah diambil selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya, Puteri Sarah selaku plaintif bersama defenden, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Kes saman Puteri Sarah terhadap Wiwi Darvinda selesai cara baik

image is not available

Foto: HibGlam

Dalam pada itu, Akberdin berkata persetujuan itu dilakukan mengikut terma dan syarat ditetapkan dan dibaca di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak secara terbuka.

Ketika prosiding berlangsung, Wiwi yang juga merupakan bekas kakak ipar aktres Ira Kazar telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kepada Sarah dan kesal dengan segala tohmahan yang dia lemparkan kepada pihak plaintif.

Dalam draf pernyataan, peguam turut memaklumkan pihak defenden dan plaintif bersetuju untuk tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform media sosial.

image is not available

Foto: HibGlam

Pada masa yang sama, Wiwi juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagramnya untuk tatapan umum selama tujuh hari.

Sekadar info, pada 30 Ogos tahun lalu, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Penyata tuntutan itu memaklumkan Wiwi pada 24 Ogos tahun sama membuat kenyataan tidaak wajar melibatkan dirinya di Instagram.

Kes saman Puteri Sarah terhadap Wiwi Darvinda capai kata sepakat

image is not available

Foto: mStar

Susulan itu, Wiwi dilaporkan mahu bertemu dengan aktres tersebut selepas menerima berita tindakan undang-undang akan diambil terhadap dirinya.

Bagaimanapun, bekas isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof itu enggan bertemu dengan Wiwi dan meneruskan saman fitnah.

Sumber: mStar (Amin Hazlan)