"Saya Hanya Menerima Tawaran Mengendalikan Rancangan Televisyen Kerana..." - Sissy Iman

22 Nov 2026 • 3:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

"Saya Hanya Menerima Tawaran Mengendalikan Rancangan Televisyen Kerana..." - Sissy Iman

Pengacara dan penyanyi, Sissy Iman mengakui sering menolak tawaran untuk mengacara di majlis persendirian kerana merasakan dirinya lebih selesa mengendalikan program televisyen berbanding majlis korporat.Menurut Sissy, meskipun kedua-dua bidang tersebut kelihatan hampir sama, hakikatnya tugas sebagai pengacara majlis mempunyai kemahiran tersendiri yang perlu dikuasai."Selama ini banyak syarikat korporat yang menghubungi saya untuk menjadi pengacara bagi majlis persendirian atau makan malam tahunan, tetapi saya tidak ambil."Saya hanya menerima tawaran mengendalikan rancangan televisyen kerana merasakan bidang pengacaraan TV lebih dekat dengan diri saya."Saya juga rasa tidak mampu menjadi pengacara majlis kerana kemahiran yang diperlukan berbeza walaupun nampak macam lebih kurang," katanya.Bagaimanpun, Sissy cuba mencabar diri dan menerima peluang untuk mengendalikan sebuah majlis koprat bersama pengacara berpengalaman, Nazrudin Rahman.Mengakui pengalaman itu sebagai satu langkah berani, Sissy bersyukur kerana berjaya mengatasi keraguan diri dan mencuba sesuatu yang sebelum ini dianggap di luar kemampuannya."Namun, sungguhlah, kalau kita tidak cuba, kita tidak akan tahu."Alhamdulillah, saya akhirnya melangkah keluar daripada zon selesa dan berpeluang mengendalikan TM Global Annual Dinner bersama legenda, Nazrudin Rahman," ujarnya.  

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved