‘Saya harap berlapang dada, berfikiran terbuka penuhi jemputan Pas’

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 3:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Saya harap berlapang dada, berfikiran terbuka penuhi jemputan Pas’

GERIK: UMNO akan mempertimbangkan jemputan yang dikemukakan oleh Pas untuk hadir ke Muktamar parti itu pada 2 hingga 5 September ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan melihat jadual terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya menghantar wakil parti.

“Saya harap saya berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menghantar wakil sekurang-kurangnya bagi menghadiri Muktamar berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli (NSPSDHOA) 2026–2035 di Kampung Orang Asli Air Banun dekat sini hari ini.

Semalam Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jemputan itu dibuat susulan UMNO dilihat sebagai rakan kerjasama politik parti berkenaan.

Ahmad Zahid berkata dirinya pernah menghadiri Muktamar tahunan Pas di Terengganu beberapa tahun dahulu namun belum melihat lagi jemputan untuk beliau sendiri pada kali ini.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka berlangsung, Ahmad Zahid menyerahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk melakukan perbincangan dengan mana-mana gabungan parti politik.

“Ini supaya kita dapat capai satu titik pertemuan agar negeri ditadbir dengan baik demi kepentingan rakyat.

“Perbincangan yang selalunya rumit adalah soal pembahagian kerusi. Bincang baik-baik. Tiada permasalahan yang tidak boleh dirungkaikan,” katanya.

Jelasnya, keputusan perbincangan kemudian akan disampaikan kepada kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk dimuktamadkan. – UTUSAN

The post ‘Saya harap berlapang dada, berfikiran terbuka penuhi jemputan Pas’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved