“Saya Ingat Megan Fox Tadi” - Penampilan Serba Hitam, Netizen Puji Kecantikan Puteri Balqis Seperti Pelakon Antarabangsa

21 Dec 2024 • 10:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, penampilan pelakon hebat Puteri Balqis berjaya meraih perhatian ramai kerana perubahan dirinya yang kini sudah menganjak dewasa. 
 
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Puteri Balqis, atau lebih mesra disapa Aqish, tampil berpakaian serba hitam dan memperlihatkan sisi garangnya, sekali gus memukau pandangan netizen.

“Berbau seperti berbahaya,” katanya menerusi kapsyen di TikTok. 


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pendapat bahawa penampilan pelakon itu menyerupai pelakon antarabangsa, Megan Fox. 

Kebanyakan netizen bersetuju dengan pandangan tersebut, sehingga Aqish diberikan gelaran sebagai ‘Megan Fox Malaysia’. 


Pada masa yang sama, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat bahawa wajah dan gaya Aqish sesuai untuk digambarkan sebagai kembar kepada pelakon Aedy Ashraf.

Antara komen yang ditinggalkan adalah: 

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved