Beberapa hari lalu, khabar angin melibatkan seorang pempengaruh Malaysia bersama seorang wanita dari Thailand dikenali sebagai Annie menjadi perhatian selepas beberapa dakwaan mengenai hubungan mereka tersebar.
View this post on Instagram
Menurut Annie, perkara tersebut sebenarnya berlaku beberapa bulan lalu dan baginya isu berkenaan sudah pun selesai.
Influencer Thailand Dakwa Dihamili Pempengaruh Malaysia
Dalam penjelasannya, Annie mengakui dirinya juga mempunyai kesalahan dan mengambil tanggungjawab terhadap bahagian yang berlaku.
Dia turut meminta orang ramai supaya tidak terus mendesaknya untuk menunjukkan bukti kerana mendakwa masih menyimpan dokumen berkaitan, selain pihak satu lagi juga pernah melihat dokumen tersebut.
Annie berkata perkara yang paling membuatkannya marah ialah apabila sesuatu yang dianggap sebagai dosa peribadi didakwa dijadikan kandungan, sedangkan menurutnya perkara itu tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Dia turut menafikan dakwaan bahawa dirinya seorang transgender dan meminta pihak yang didakwa terlibat tampil memberikan penjelasan secara terbuka sekiranya perkara yang diperkatakan mengenai dirinya adalah tidak benar.
Penjelasan Annie, Mengaku Ada Buat Kesilapan
Pada akhirnya, Annie berkata dia tidak mahu mengungkit semula perkara tersebut kerana sudah berdamai dengan apa yang berlaku.
Dia mendakwa kini menjalani kehidupan yang lebih baik dan tenang serta mahu memberikan tumpuan kepada masa depan.
“Saya amat berharap agar semua pihak menghormati keputusan saya.”
Annie turut berharap isu berkenaan tidak lagi dipanjangkan dan semua pihak dapat menghormati keputusannya untuk meneruskan kehidupan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Tolong 'Clear' Cepat, Masih Baru” – Tangkap Layar Perbualan Pempengaruh Minta Wanita Gugurkan Kandungan Tular
The post “Saya Juga Bersalah” – Dakwa Dihamili Pempengaruh Malaysia, ‘Influencer’ Thailand Nak ‘Move On’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





