Nama seorang pempengaruh lelaki asal Malaysia yang terkenal di Indonesia kembali menjadi perhatian selepas beberapa tangkap layar yang didakwa berkaitan dirinya dan seorang pempengaruh luar negara tersebar di media sosial.
Dalam salah satu tangkap layar, terdapat perbualan yang memaparkan seorang wanita memaklumkan sesuatu kepada pempengaruh itu antara lain menyentuh soal mendapatkan rawatan serta bayaran kos hospital bagi tujuan menggugurkan kandungan.
Turut dikongsikan beberapa gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, kesahihan tangkap layar, identiti individu dalam perbualan serta kaitannya dengan pempengaruh itu belum dapat disahkan. Tiada pengesahan rasmi daripada kedua-duanya berhubung dakwaan tersebut.
Pempengaruh Terkenal Asal Malaysia Didakwa Menghamilkan Seorang Influencer Thailand.
Pempengaruh itu sebelum ini pernah menjadi perhatian susulan spekulasi mengenai hubungan rapatnya dengan wanita itu, seorang pempengaruh dari Thailand. Khabar mengenai hubungan mereka pernah tular selepas beberapa kandungan yang menunjukkan mereka bersama tersebar di media sosial.



Namun, bahan yang tular kali ini hanyalah tangkap layar yang dikongsikan oleh akaun media sosial dan belum membuktikan bahawa influencer itu sedang hamil atau bahawa perbualan tersebut benar-benar berlaku antara mereka.
Netizen Indonesia Mula ‘Korek’ Cerita
Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk yang mempersoalkan kandungan tangkap layar tersebut serta meminta pihak terlibat memberikan penjelasan.
Ada juga yang mengingatkan supaya orang ramai tidak membuat kesimpulan hanya berdasarkan gambar dan perbualan yang belum disahkan.
Buat masa ini, dakwaan tersebut masih kekal sebagai spekulasi di media sosial sehingga terdapat penjelasan atau pengesahan daripada pihak yang terlibat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Waktu Itu Saya Capek, Emosi Dan Khilaf" - Netizen 'Korek' Identiti Pasangan Suami Isteri Tendang Anak Dalam Lif
The post “Tolong ‘Clear’ Cepat, Masih Baru” – Tangkap Layar Perbualan Pempengaruh Minta Wanita Gugurkan Kandungan Tular first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





![[VIDEO] ‘Ini baru lelaki, pelindung wanita’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-27-at-11.12.02-AM-1024x687.jpeg)
