‘Saya kagum dengan sejarah kalian, namun…’ – Ryzal Ibrahim

13 Oct 2026 • 4:33 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

yzal Ibrahim bersama isteri, Maryam You Narae, menggayakan busana batik Malaysia yang menjadi perhatian netizen Indonesia.

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim tampil mempertahankan pakaian batik Malaysia yang digayakannya bersama isteri selepas menerima kritikan daripada segelintir pengguna media sosial Indonesia.

Menerusi perkongsian di Threads, Ryzal menjelaskan bahawa pakaian berkenaan merupakan tempahan khas daripada pereka fesyen Malaysia dan bukannya dibeli di Indonesia seperti yang didakwa seorang pengguna platform tersebut.

“Ini batik Malaysia, tempahan khas dari pereka Malaysia, bukan beli di Indonesia. Harap maklum.

“Saya tak pernah tegaskan batik ini asal atau dari Malaysia, saya hanya bangga batik buatan Malaysia pun cantik,” katanya.

Terdahulu, Ryzal berkongsi gambar bersama isterinya, Maryam, ketika menghadiri sebuah acara dengan mengenakan busana batik Malaysia.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang reaksi seorang pengguna Threads dari Indonesia yang mendakwa pakaian berkenaan dibeli di Tanah Abang, Jakarta.

Image from: ‘Saya kagum dengan sejarah kalian, namun…’ – Ryzal Ibrahim

Menjawab dakwaan itu, Ryzal menegaskan bahawa dia tidak pernah mengunjungi kawasan berkenaan sepanjang berada di Indonesia bersama keluarganya.

“Saya tak pernah ke Tanah Abang. Kami sekeluarga tinggal di Ascott Jakarta, shopping di Grand Indonesia, Plaza Indonesia dan Thamrin City saja. Jangan bikin fitnah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ryzal turut mengakui sejarah batik Indonesia, namun menegaskan Malaysia juga mempunyai corak dan identiti batik tersendiri.

“Semua tahu batik asal Indonesia, tapi Malaysia juga ada corak batik tersendiri.

“Wahai warga Indonesia, saya kagum dengan sejarah kalian namun melihat jijiknya pemikiran dalam ruangan komen, kalian berjaya buktikan pada dunia IQ kamu sungguh rendah,” katanya.

The post ‘Saya kagum dengan sejarah kalian, namun…’ – Ryzal Ibrahim appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved