“Saya kekal jawatan sampai Najib pulang ke rumah”- Anthony Loke

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 12:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: “Saya kekal jawatan sampai Najib pulang ke rumah”- Anthony Loke

KUALA LUMPUR: Surat perletakan jawatan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Siew Fook berkata, beliau diminta oleh Perdana Menteri untuk mengekalkan jawatan tersebut untuk satu tempoh.

Namun ketika ditanya tentang tempoh masa untuk memegang jawatan tersebut, beliau berkat perletakan jawatan berlaku secara automatik sekiranya Najib dibebaskan. 

“Tempoh masa itu ialah apabila Najib pulang ke rumah, maka peletakan jawatan saya akan berkuat kuasa,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Perasmian Minggu Maritim Malaysia 2026 di sini hari ini. 

Minggu lalu, Siew Fook dilapor menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung hampir tiga jam bermula pukul 3 petang. 

Menurut Siew Fook, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan secara tangan kepada Anwar selepas mengadakan perbincangan.

“Dalam perbincangan tersebut, Anwar menasihati saya untuk meneruskan tugas buat sementara waktu. Beliau akan membuat keputusan, tetapi saya katakan bahawa perlu juga ada satu tempoh masa, ” katanya.-UTUSAN

The post “Saya kekal jawatan sampai Najib pulang ke rumah”- Anthony Loke appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved