“Saya Kena Kuat Tapi..” – Sophia Albarakbah Akui Menangis Setiap Hari Dikecam Netizen, Anggap Dilabel ‘Penyondol’ Keterlaluan

Entertainment
28 Feb 2023 • 12:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Beberapa minggu yang lalu, isu ‘panas’ mengenai pelakon Sophia Albarakbah mengakui sendiri kepada Bella Astillah bahawa dirinya suka kepada suami wanita terbabit iaitu pelakon, Aliff Aziz.

Susulan itu, Bella telah memuat naik bukti mesej-mesej pengakuan daripada Sophia di laman Instagramnya.

Selepas pendedahan tersebut, nama Sophia teruk dikecam ramai dan hingga ke hari ini netizen melabelnya ‘penyondol’ kerana ganggu rumah tangga orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelakon jelita tersebut akhirnya membuka mulut mengatakan diri setiap hari menangis kerana teruk ‘dihentam’ para netizen.

Tapi saya kena kuat. Cuma perkataan penyondol adalah satu label yang tidak baik dan keterlaluan.

Dalam pada masa yang sama, pihak media meminta Sophia beri penjelasan lanjut mengenai perasaanya terhadap Aliff, namun wanita terbabit hanya mengelengkan kepala kerana tidak mahu berkata apa-apa.

Bagaimanapun, kini Sophia sudah pun berada dalam keadaan stabil dan mampu berdepan dengan pelbagai kontroversi.

image is not available 4 minggu lalu

"Sekali Lagi Saya Tegaskan.." - Aliff Aziz Nafi Isu Dengan Sophia Al Barakbah Hanya 'Gimik' Drama