“Saya Kongsi Sebab Tak Nak Orang Tanya Lagi..” – Sibuk Ingin Tahu Hal Peribadi, Uqasha Senrose Hairan Dengan Sikap Netizen

Entertainment
17 Jan 2024 • 10:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Uqasha Senrose menyatakan rasa kecewa apabila ada sesetengah dari netizen yang mendakwa dirinya dan adik-beradik yang lain sukar untuk mendapat zuriat. Kata Uqasha, dia hairan mengapa terlalu ramai yang sibuk dengan perancangan keluarganya.

Sibuk hal peribadi

Menurut aktres ini, dia tidak setuju dengan tindakan orang ramai yang taksub dengan kehidupan peribadinya dan keluarga. Bagi Uqasha, masing-masing dalam keluarganya ada perancangan tersendiri.

Saya sendiri pun bila dapat tahu sedang hamil, tidak terus hebahkan kepada orang luar sebab tak nak stress.

 

Soal jodoh, ajal, maut dan rezeki ini pada Allah yang sudah aturkan apa yang terbaik untuk kita semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Tiada niat menunjuk

Bukan itu sahaja, isteri kepada aktor Kamal Adli ini turut berkata bahawa keputusan dirinya untuk mendedahkan berita tentang kehamilannya itu adalah kerana ingin menjawab soalan netizen dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Sebelum ini boleh katakan setiap hari orang tanya adakah saya hamil, tapi saya diam saja.

 

Cuma pada fasa sekarang saya sedia untuk kongsikan berita ini supaya orang dah tak tanya lagi.

Pada Ahad lalu, aktres ini telah berkongsi berita gembira bahawa dirinya sedang sarat hamil anak pertama dan dijangka akan bersalin pada tahun ini.

image is not available 1 day ago

"Jangan Henti Berdoa, Semoga Ada Rezeki Anak.." - Nama Siti Elizad 'Dipetik' Lepas Uqasha Senrose Umum Hamil?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved