“Saya Mahu Beri Tumpuan Pada Bisnes…” – Zahnita Wilson Tolak Tawaran ‘Modeling’ Bernilai RM150,000

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson memberitahu dia terpaksa menolak tawaran untuk menjadi ‘wajah’ bagi sebuah syarikat pakaian terkemuka.

Menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di Instagram, bekas model itu akui bahawa jumlah bayaran yang ditawarkan kepadanya sangat banyak namun dia lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada anak-anak dan perniagaannya.

image is not available

RM150K itu memang banyak tapi modeling bukan dunia saya lagi. Jakel tawarkan nilai sebanyak itu untuk jadi wajah kempen rayanya untuk tiga bulan tapi saya minta maaf terpaksa menolaknya.

 

Saya mahu beri tumpuan pada business pie dan anak-anak, bukan di pentas modeling lagi.

 

Tapi kalau ada tawaran kecilan dari kawan-kawan, inshaAllah saya akan bantu catwalk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mingguan Wanita (@mingguanwanita)

Sebelum ini, Zahnita menjadi perhatian ramai apabila menjadi mengsa keganasan rumah tangga selepas dia didakwa dipukul oleh suaminya.

Dia kemudian memaklumkan kepada umum bahawa dia nekad untuk memfailkan cerai terhadap suaminya.

image is not available 6 days ago

"Doa Ibu Mengiringi Perjalanan Saya Hari Ini" - Zahnita Wilson Nekad Failkan Cerai