“Saya Mahu Berjumpa Tapi Dia Tolak” – Syamsul Yusof Enggan Selesaikan Masalah Dengan Aaron Aziz?

20 Mar 2023 • 5:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu, nama pelakon Aaron Aziz dilaporkan sudah ‘dibuang’ oleh pengarah Syamsul Yusof dari berlakon dalam filem arahannya, Original Gangster.

Selepas itu, pelakon Soffi Jikan juga bersuara bahawa berlakunya kemelut di antara kedua-dua pihak tersebut hinggakan Aaron sudah tidak lagi dalam barisan pelakon filem berkenaan.

Terbaharu, pelakon hebat itu memaklumkan bahawa dia sedia untuk berdamai dengan Syamsul tetapi meletakkan syarat bahawa pengarah terbabit sendiri perlu berjumpa dengannya dan mohon maaf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Bagaimanapun, Aaron masih tidak mahu memberitahu punca berlakunya perselisihan faham antara mereka kerana enggan membuka aib.

Saya mahu berjumpa dengannya untuk selesaikan masalah yang berlaku tapi dia menolak.

Dalam pada masa yang sama, pelakon yang pernah membintangi filem box office, KL Gangster itu juga meluahkan rasa kecewa kerana disingkirkan dari berlakon dalam filem Original Gangster.

Menurutnya, dia sudah pun berkerjasama bersama pengarah tersebut selama 12 tahun dan tidak sangka hal seperti ini terjadi.

image is not available 1 minggu lalu

"Saya Bagi Muka Pada Datuk Yusof Haslam, Siapa Tahu, Tahulah" - Aaron Aziz Akui 'Dibuang' Dari Filem Syamsul Yusof

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved