Saya masih belajar, belum bertudung sepenuhnya – Isteri Fikry Ibrahim

LocalEntertainment
8 Jul 2025 • 5:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim, Khalizah Alihan tampil membuat penjelasan terbuka mengenai penampilannya yang dilihat masih belum sempurna menutup aurat.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Khalizah memaklumkan dirinya sedang melalui fasa perubahan dan memperbaiki diri, justeru meminta orang ramai agar mendoakan kekuatannya.

“Saya tahu ada yang mungkin perasan saya belum sepenuhnya memakai tudung dengan sempurna.
“Saya ingin jelaskan bahawa perkara ini sangat peribadi dan saya masih berada dalam perjalanan sendiri untuk belajar, membesar serta menjadi lebih baik setiap hari dari segi rohani dan emosi,” katanya.

image is not available

Isteri Fikry Ibrahim akui belum bertudung sepenuhnya

Khalizah turut menyatakan dia mahu menjadi lebih baik secara perlahan-lahan dan sedang berusaha secara dalaman ke arah itu.

image is not available

Sekadar info, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 12 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Kedah. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Khalizah.

Namun begitu, isu rumah tangga mereka mula menjadi perhatian selepas Khalizah dilaporkan memfailkan permohonan cerai pada Mei lalu, iaitu empat bulan selepas perkahwinan berlangsung. Alasan yang diberikan ketika itu adalah kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, Fikry tampil menjelaskan bahawa isu berkenaan hanyalah salah faham dan semuanya telah diselesaikan dengan baik antara kedua-dua pihak.

Pasangan ini sejak awal memilih untuk menjalani kehidupan secara sederhana dan jarang berkongsi hal peribadi di media sosial.

Sumber: TikTok khalizah_alihan