Along Cham Dakwa Isteri Bersekedudukan, Rancang Kahwin Semula Dengan Bekas Suami

LocalEntertainment
3 Jul 2025 • 4:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia along Cham 5

Nampaknya kemelut rumah tangga pelawak terkenal, Along Cham, masih belum berakhir apabila beliau mendedahkan bukti mengejutkan tentang isterinya, Afreena Suhaimi, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor hari ini.

Dalam prosiding itu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, menyerahkan rakaman suara dipercayai milik isterinya yang mengaku bersekedudukan dengan bekas suami di rumah yang dibeli sendiri oleh Afreena.

Along tampil dengan bukti rakaman suara

image is not available

Menurut keterangan Along, rakaman suara itu diperoleh daripada rakan baik isterinya sendiri dan membuktikan berlaku kecurangan.

Audio turut melibatkan perancangan Afreena untuk berkahwin semula dengan bekas suami walaupun mereka pernah bercerai dengan talak tiga sebelum ini.

Malah dia ada rancangan untuk berkahwin balik dengan bekas suaminya itu selepas mereka pernah bercerai talak tiga sebelum ini.

Lebih menyedihkan, Along turut mendakwa anak-anak mereka cuba memberitahu perkara sebenar namun dihalang oleh Afreena yang menganggap mereka hanya bercakap benda mengarut.

Along kesal dituduh penagih dadah, imej tercalar

image is not available

Dalam pada itu, Along turut menyuarakan rasa kecewa apabila dituduh sebagai penagih dadah oleh isterinya.

Along dipercayai merujuk kepada hantaran Instagram Story yang dibuat Afreena baru-baru ini.

Jelasnya, dakwaan itu dipercayai memberi kesan buruk kepada reputasinya.

Dia menuduh saya ambil barang terlarang ketika menghadiri ke mahkamah pada Selasa lalu, katanya susah nak berurusan dengan penagih.

Menurutnya, beliau masih belum didapati bersalah dan tertanya-tanya bagaimana Afreena boleh dengan berani membuat kenyataan seperti itu di khalayak.

Pssttt! Along Cham dakwa isteri curang, tinggal sebumbung dengan bekas suami dan rancang kahwin semula.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.