
Penyanyi, Aina Abdul mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah video dirinya yang sedang mendendangkan lagu Bluest Sky ketika pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand.Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen ringkas yang ditulis Aina mengenai dirinya yang suka duduk di bahagian belakang.“Saya memang suka duduk belakang,”ujarnya menerusi Threads.Hantaran tersebut dipercayai dikaitkan dengan seorang hos yang dikecam netizen gara-gara memetik nama Aina ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-3 (FFM35).Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Aina selain memberikan sokongan buat penyanyi itu.






