“Saya Menceraikan Isteri Saya Dengan Talak Satu,” - Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai

13 Jun 2024 • 1:36 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Peguam mewakili Aliff, Hadi Salleh mengiyakan terma-terma tersebut dan mengakui anak guamnya setuju melafazkan cerai. 

Terdahulu, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sebaik sebutan pertama di hadapan hakim, Wan Mohd Najib Wan Hamat, berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran. 

Seterusnya, pada prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP)  berikutan keputusan Aliff yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya. 

Sebelum ini juga terdapat dakwaan Bella sudah berbaik dengan Aliff selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka ditunda daripada 4 Jun kepada hari ini.

Bella kemudiannya memuat naik kenyataan di Instagram menyatakan dia sudah lama ‘move on’ dan kini hidup tenang. 

Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff,  menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu. 

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.