“Saya Mengaku Salah Dan Janji Tak Buat Lagi..” – Guru Taska

LocalPolitics
20 Dec 2024 • 3:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang guru taska mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mendera seorang bayi lelaki di sebuah taska di Puncak Alam, pada minggu lalu.

Tertuduh yang dikenali sebagai Nur Suhadah Saharudin, 24, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohamed Redza.

Guru taska dera bayi lelaki

image is not available

Foto: Berita Harian

“Saya mengaku bersalah dan janji tak buat lagi. Hari ini, hari nikah saya, esok hari sanding,” katanya kepada mahkamah.

Bagaimanapun, kes tersebut akan disebut semula pada 24 Disember di Mahkamah Kuala Selangor untuk sebutan fakta dan jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dengan mencubit pipi dan telinga sehingga mendatangkan kecederaan fizikal.

Kejadian berlaku pada 13 Disember lalu sekitar jam 6.15 petang di sebuah taska di Puncak Alam.

image is not available

Foto: PDRM

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.

Namun, wanita terbabit yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan dikurangkan berhubung kesalahan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azamuddin Razak memohon tarikh baharu pada 24 Disember bagi sebutan fakta kes dan jatuh hukum di Mahkamah Kuala Selangor.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memberi amaran kepada tertuduh.

“Kalau ada aduan (mengganggu mangsa) jaminan akan ditarik balik serta-merta,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Ruwaida Md Zain)