“Saya mengikut hendak isteri…” – Suami Hilang Isteri & Anak Ketika Menjala Ikan

Entertainment
1 Apr 2024 • 4:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Raya Aidilfitri kali ini pasti berbeza buat keluarga ini kerana tiga orang ahlinya iaitu si ibu dan dua anak meninggal dunia ketika menjala ikan.

Menurut laporan Sinar Harian, Ahmad Suriadi kehilangan isterinya, Juliana serta dua anaknya akibat dibawa arus deras semasa menjala ikan petang semalam.

image is not available

Ahmad berkata, dia pada mulanya mendapat ikan yang banyak dengan menebar jala ke dalam saliran longkang monsun.

Katanya, dia kemudian mengajak isterinya pulang, namun Juliana berkeras tidak mahu pulang kerana mahu menjala lagi.

“Saya mengikut sahaja kehendak isteri untuk terus menjala. Tidak lama selepas itu, hujan turun dan secara tiba-tiba air deras menuju ke arah kami sekeluarga.

Saya cuba untuk mendapatkan isteri yang dibawa arus, namun tidak berjaya,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku Ahmad dan anak keduanya, Mohd Alif terselamat manakala anak sulungnya Mohd Diham ditemukan meninggal dunia.

Isterinya pula serta anak bongsu mereka Riska Amelia masih hilang dan misi pencarian diteruskan hari ini.

Al-Fatihah…

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.