“Saya menyesal” – Peniaga Pisang Goreng Sebak, Mengaku Bersalah B*kar Motosikal

Entertainment
30 Dec 2024 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lalu, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak membakar sebuah motosikal dipercayai kerana enggan motor itu ditarik.

Dalam video tular itu, wanita berusia 40-an itu dilihat membakar kenderaan itu dan menimbulkan kekecohan sehingga memerlukan khidmat bomba untuk memadam api tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping, Perak.

Hari ini, Zainatul Rafeda Zainul Abidin, 43, yang juga merupakan seorang peniaga pisang goreng mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan sebuah motosikal terbakar.

image is not available

Mengikut pertuduhan, ibu kepada empat anak itu didakwa telah melakukan perbuatan khianat dengan api sehingga menyebabkan kerosakan kepada harta iaitu sebuah motosikal jenis Honda RSX warna hitam bernilai RM7,000 milik Zainatul Syakira Amira Zaini, 22.

“Saya mengaku bersalah, saya menyesal Yang Arif,” ujarnya.

Menurut laporan Kosmo!, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved