Saya minat ceburi dunia politik – Yusof Bahrin

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 4:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saya minat ceburi dunia politik – Yusof Bahrin

KUALA LUMPUR – Dilihat sering berkongsi pandangan tentang situasi politik negara, pelakon Yusof Bahrin tidak menolak kemungkinan menceburi dunia politik satu hari nanti.

Menurut Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, selain meminati bidang seni, dia juga mempunyai minat dalam bidang politik.

“Insya-Allah. Saya berminat juga dalam bidang politik kerana dekat dengan diri, masyarakat dan sangat penting untuk negara.

“Sebelum ini saya ada juga berkongsi pandangan dan pendapat tentang politik dalam media sosial, apa yang saya sokong. Tetapi tidaklah terlalu mendalam.

“Bukan semua mampu terima pandangan kita. Setiap orang ada sudut pandangan yang berbeza. Saya tak mahu cari musuh. Saya takut orang yang baca itu anggap saya musuh dia. Jadi saya ‘town down’.

“Yang mana yang dah tahu, tahulah,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran drama bersiri Pickle Rival, semalam.

Ditanya adakah dia akan terlibat dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kata Yusuf dia tidak terlibat secara langsung.

“Saya ada rakan-rakan yang terlibat dalam PRN Melaka, jadi kita tolong-tolong mana yang boleh. Tak kisahlah mana-mana parti pun yang kita berkawan, kalau mereka minta tolong, kita tolong.

“Tetapi saya tidaklah mempromosikan terlalu ekstrem. Saya masih kawal. Cuma apa yang saya kongsi dalam media sosial itu sedikit sahaja. Orang kata macam bibit-bibit awal untuk saya ceburkan diri dalam bidang politik,” jelasnya.

Mengulas tentang penggunaan singkatan nama YB yang semakin sinonim dengannya, kaya Yusuf panggilan YB tiada kena mengena dengan politik sebaliknya itu hanyalah singkatan nama Yusuf Bahrin.

“Nama saya Yusuf Bahrin. Kebanyakan kawan yang rapat dengan saya panggil saya YB sebab singkatan nama saya. Lama-lama melekat pula nama YB tu. Tak ada kena mengena dengan politik pun,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yusuf bakal muncul dengan drama bertemakan sukan bola pickle berjudul Pickle Rival yang akan disiarkan menerusi TikTok Drama Sangat, setiap hari pukul 12.00 tengah hari, bermula 25 Oktober 2026, atau strim menerusi Tonton. – KOSMO! ONLINE

The post Saya minat ceburi dunia politik – Yusof Bahrin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved