'Saya mohon maaf bagi pihak ibu' - Anak Jaslinda

4 Jun 2026 • 2:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya mohon maaf bagi pihak ibu' - Anak Jaslinda
Hantaran di aplikasi Threads menggunakan akaun deefzl._ pada Khamis dan Jaslinda (kiri).
Image from: 'Saya mohon maaf bagi pihak ibu' - Anak Jaslinda
Antara anggota pasukan SAR yang terlibat mencari Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu
Image from: 'Saya mohon maaf bagi pihak ibu' - Anak Jaslinda
Haszman Othman hadir di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk mengikuti perkembangan insiden kehilangan isterinya, Jaslinda di Surau At Taqwa, Kuarters TNB Batu 7, Kuala Woh pada Isnin. Foto Bernama
Image from: 'Saya mohon maaf bagi pihak ibu' - Anak Jaslinda
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad (dua kiri), mendengar penerangan daripada wakil Persatuan Badan Bukan Kerajaan (NGO) PELINDUNG, Liang Neo Song Wee (dua kanan), mengenai rakaman ‘camera trap’ yang dipasang di kawasan dipercayai lokasi mangsa pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49, ketika ditemui di Pusat Kawalan Hadapan (PKH) Bomba di Batalion 3 PGA, Bidor. Foto Bernama.
Image from: 'Saya mohon maaf bagi pihak ibu' - Anak Jaslinda
Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei lalu

SHAH ALAM - Anak kepada pendaki wanita yang masih hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, mengambil kesempatan memohon maaf kepada orang ramai sekiranya ibunya pernah melakukan sebarang kesilapan sama ada secara sedar atau tidak.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads menggunakan akaun deefzl._, permohonan maaf itu dibuat dengan rendah hati sebagai waris kepada Jaslinda yang dilaporkan hilang sejak 24 Mei lalu.

"Sebagai waris, saya dengan rendah hati memohon maaf bagi pihak beliau," katanya.

**media[3540207]**

Dalam hantaran sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan ibunya serta pihak terbabit dalam operasi pencarian.

ARTIKEL BERKAITAN : Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih

'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan

Kronologi kehilangan Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

Katanya, keluarga amat menghargai setiap doa, nasihat, petua dan sokongan yang diberikan sepanjang usaha mencari Jaslinda dijalankan.

"Ya Allah, terima kasih atas kehadiran setiap insan yang tidak putus-putus mendoakan ibu serta kepada semua anggota dan pihak yang terlibat dalam usaha pencarian.

**media[3540208]**

"Semoga Allah SWT menerima dan mengabulkan segala doa yang dipanjatkan. Saya dan keluarga juga mendoakan agar setiap kebaikan, keikhlasan dan doa yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT," jelasnya.

Menerusi hantaran itu juga, deefzl._ turut meluahkan kerinduan terhadap ibunya dengan menulis ringkas, 'ibu, we miss you'.

**media[3540209]**

Terdahulu, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh

Beliau yang cedera di kaki sebelum itu difahamkan berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan seorang malim gunung di Kem Batu Core.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung bersendirian.