'Saya mohon maaf kepada Fatimah' - Wanita bersuami mengaku salah cuba bersetubuh dengan suami orang

11 Jun 2026 • 7:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya mohon maaf kepada Fatimah' - Wanita bersuami mengaku salah cuba bersetubuh dengan suami orang
Mahkamah memutuskan Hairul Mokhsin dan Siti Iqbar masing-masing didenda RM5,000 dan RM4,500 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Image from: 'Saya mohon maaf kepada Fatimah' - Wanita bersuami mengaku salah cuba bersetubuh dengan suami orang
Pasangan itu tiba di Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis.
Image from: 'Saya mohon maaf kepada Fatimah' - Wanita bersuami mengaku salah cuba bersetubuh dengan suami orang
Hairul Mokhsin dalam rayuan juga mengakui telah menyesali perbuatannya dan bertaubat selain mendakwa telah menerima akibat daripada kesalahan tersebut apabila terlibat dalam kemalangan sehingga patah kaki selepas kejadian itu.
Image from: 'Saya mohon maaf kepada Fatimah' - Wanita bersuami mengaku salah cuba bersetubuh dengan suami orang
Hairul Mokhsin (kanan) dan Siti Iqbar (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi pendakwaan.

MELAKA – Seorang wanita yang sudah berkahwin tidak dapat menahan sebak ketika merayu agar tidak dipenjarakan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan persetubuhan haram bersama seorang lelaki berstatus suami orang di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Ayer Keroh, pada Khamis.

Tertuduh, Siti Iqbar Mazlan, 35, ketika prosiding di hadapan Hakim Abu Bakar Daud pada Khamis turut membuat permohonan maaf kepada isteri lelaki berkenaan, Puteri Norfatimah Ishak, 25.

“Saya mohon maaf kepada Puteri Norfatimah atas perlakuan saya sebelum ini. Saya benar-benar menyesal dan sudah tidak lagi berhubung dengan Hairul Mokhsin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebar video lucah bekas suami, wanita didenda RM2,800

Mengaku cuba bersetubuh dengan suami orang, ibu dua anak menangis rayu hukuman ringan

**media[3548021]**

“Saya juga memohon agar tidak dipenjarakan kerana masih mempunyai suami dan perlu menjaga dua orang anak,” katanya ketika membuat rayuan di hadapan Hakim Abu Bakar Daud.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM4,500 atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Dalam prosiding sama, Hairul Mokhsin Zaini, 24, turut mengaku bersalah atas pertuduhan yang sama dan dikenakan denda RM5,000 atau lapan bulan penjara jika gagal menjelaskan bayaran.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan cubaan persetubuhan haram sebagai pasangan yang bukan suami isteri yang sah di sisi syarak.

Mengikut pertuduhan, kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, kira-kira jam 2 pagi dalam tempoh antara 1 hingga 30 Jun 2025.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 36 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

**media[3548023]**

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pendakwa Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad dengan bantuan Radzwan Abdullah.

Berdasarkan fakta kes, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menerima aduan awam pada jam 12 tengah hari, 10 Jun 2026 berhubung dakwaan persetubuhan haram membabitkan seorang lelaki dan wanita.

Hasil siasatan lanjut, Hairul Mokhsin dipanggil untuk memberi keterangan sebelum mengaku secara sukarela pernah melakukan persetubuhan haram dengan Siti Iqbar yang bukan isterinya yang sah pada Jun 2025.

Wan Mahyuddin dalam hujahan pemberatan hukuman memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap kedua-dua tertuduh sebagai pengajaran kepada mereka dan masyarakat Islam secara keseluruhan.

**media[3548033]**

Terdahulu, Puteri Norfatimah pada Isnin lalu didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku bersalah menyebarkan gambar dan video lucah membabitkan suaminya bersama wanita itu pada Disember tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Puteri Norfatimah dalam rayuannya mengakui kesilapannya dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia bertindak demikian kerana berada dalam keadaan emosi selepas baharu mengalami keguguran.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebar video lucah bekas suami, wanita didenda RM2,800