Mengaku cuba bersetubuh dengan suami orang, ibu dua anak menangis rayu hukuman ringan

11 Jun 2026 • 6:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mengaku cuba bersetubuh dengan suami orang, ibu dua anak menangis rayu hukuman ringan
Mengikut pertuduhan, Siti Iqbar dan Hairul Mokhsin Zaini, 24, didapati melakukan perbuatan percubaan persetubuhan haram dengan pasangan yang bukan suami atau isteri yang sah di sisi syarak.
Image from: Mengaku cuba bersetubuh dengan suami orang, ibu dua anak menangis rayu hukuman ringan
Hairul Mokhsin (kanan) dan Siti Iqbar (dua dari kiri) dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi pendakwaan.
Image from: Mengaku cuba bersetubuh dengan suami orang, ibu dua anak menangis rayu hukuman ringan
Pasangan itu tiba di Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis .
Image from: Mengaku cuba bersetubuh dengan suami orang, ibu dua anak menangis rayu hukuman ringan
Mahkamah kemudian memutuskan Hairul Mokhsin dan Siti Iqbar masing-masing didenda RM5,000 dan RM4,500 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Image from: Mengaku cuba bersetubuh dengan suami orang, ibu dua anak menangis rayu hukuman ringan
Hairul Mokhsin dalam rayuan juga mengakui telah menyesali perbuatannya dan bertaubat selain mendakwa telah menerima akibat daripada kesalahan tersebut apabila terlibat dalam kemalangan sehingga patah kaki selepas kejadian itu.

MELAKA - Ibu kepada dua anak dalam keadaan menangis merayu Mahkamah Tinggi Syariah mengenakan hukuman ringan dan tidak dipenjarakan selepas menyesali perbuatannya melakukan percubaan persetubuhan haram dengan suami orang tahun lalu.

Tertuduh, Siti Iqbar Mazlan, 35, ketika prosiding di hadapan Hakim Abu Bakar Daud pada Khamis turut membuat permohonan maaf kepada isteri lelaki berkenaan, Puteri Norfatimah Ishak, 25.

Mengikut pertuduhan, Siti Iqbar dan Hairul Mokhsin Zaini, 24, didapati melakukan perbuatan percubaan persetubuhan haram dengan pasangan yang bukan suami atau isteri yang sah di sisi syarak.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebar video lucah bekas suami, wanita didenda RM2,800

**media[3547943]**

Perbuatan itu dilakukan antara 1 hingga 30 Jun 2025, sekitar jam 2 pagi, di sebuah rumah beralamat di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam dalam daerah Melaka Tengah.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga 36 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

**media[3547944]**

Siti Iqbar yang sudah berkahwin dalam rayuannya juga memohon agar tidak dikenakan hukuman penjara serta denda rendah kerana perlu menanggung dua orang anak.

Dia memaklumkan sudah empat bulan tidak bekerja akibat kes ini kerana menanggung malu atas perbuatan yang telah lakukan.

“Saya juga dijauhkan keluarga dan disisihkan adik-beradik kerana malu dengan apa yang berlaku.

“Saya benar-benar menyesal dan sudah lama tidak lagi berhubung dengan tertuduh lelaki,” katanya.

**media[3547946]**

Sementara itu, Hairul Mokhsin dalam rayuan juga mengakui telah menyesali perbuatannya dan bertaubat selain mendakwa telah menerima akibat daripada kesalahan tersebut apabila terlibat dalam kemalangan sehingga patah kaki selepas kejadian itu.

Dia turut berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama dan memohon agar dikenakan denda pada kadar minimum.

“Saya mohon agar tidak dikenakan hukuman penjara kerana perlu menanggung dua anak yang masih kecil dan bakal memasuki tadika selain membantu isteri yang berniaga nasi lemak.

“Saya hanya bekerja sebagai penghantar makanan dengan pendapatan yang tidak tetap. Saya mengaku bersalah, menyesal atas perbuatan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya. Saya mohon pertimbangan mahkamah agar dikenakan denda yang minimum,” katanya.

**media[3547945]**

Ketua Pendakwa Syarie Melaka, Wan Mahyuddin Wan Muhammad dibantu Pendakwa Syarie, Radzwan Abdullah, dalam hujahan pemberatan memohon agar kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran serta bagi mengelakkan kesalahan sama berulang.

Beliau turut memohon mahkamah mengambil kira rekod kesalahan lampau Hairul Mokhsin yang sebelum ini pernah dirujuk ke Mahkamah Syariah atas kesalahan bersubahat dalam kes hamil luar nikah.

Kes tersebut diselesaikan pada 6 September 2023 dan Hairul Mokhsin telah dijatuhi hukuman denda RM2,500 atau penjara 15 hari.

Mahkamah kemudian memutuskan Hairul Mokhsin dan Siti Iqbar masing-masing didenda RM5,000 dan RM4,500 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.

Terdahulu, Puteri Norfatimah pada Isnin lalu didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku bersalah menyebarkan gambar dan video lucah membabitkan suaminya bersama wanita itu pada Disember tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Puteri Norfatimah dalam rayuannya mengakui kesilapannya dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia bertindak demikian kerana berada dalam keadaan emosi selepas baharu mengalami keguguran.