Tak kenang budi? Calon PH ditewaskan YB Duyong, ungkit jasa MP DAP – “Saya tidak segan menyatakan kebenaran”

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 12:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan membangkitkan isu sumbangan Ahli Parlimen DAP kepada penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Long Suan mendakwa calon Barisan Nasional (BN) itu gagal memberikan penghargaan sewajarnya kepada pihak yang membantu mendapatkan peruntukan dan bantuan daripada Kerajaan MADANI untuk penduduk Duyong.

Menurutnya, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong antara individu yang beberapa kali dirujuk Mohd Noor Helmy bagi mendapatkan bantuan daripada kerajaan pusat.

“Beliau sendiri menulis dan berucap ketika dalam kempen tanpa sedikit pun memberi kredit dan menyebut nama pihak yang selalu beliau temui dan berbincang untuk memohon bantuan dari kerajaan pusat.
“YB Khoo Poay Tiong selaku ahli Parlimen Kota Melaka sendiri telah beberapa kali dirujuk dan membantu beliau.
“Jika tidak kenang jasa pun tapi janganlah sampai memadamkan bantuan mereka yang membantu,” katanya.

Likes' don't fix roads, says Pakatan's Duyong hopeful Poo Long Suan | Malay  Mail

Long Suan turut menyatakan bahawa persaingannya dengan Mohd Noor Helmy dalam pilihan raya tidak menghalangnya daripada mengiktiraf sumbangan pihak lain kepada penduduk Duyong.

“Mungkin saya lawan Datuk Helmy, tapi saya tidak segan menyatakan kebenaran apa yang telah dilakukan.
“Orang berbudi, kita berbahasa,” katanya menerusi hantaran Facebook sehari sebelum pengundian.

May be an image of text

May be an image of text

Bagaimanapun, Mohd Noor Helmy menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa beliau sentiasa memberikan penghargaan kepada pihak yang membantu penduduk Duyong, termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka serta pemimpin PH.

“Saya tak pernah mengambil kredit segala usaha dan bantuan yang diberikan oleh YB Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka kepada warga Duyong.
“Setiap bantuan yang diberikan oleh beliau saya sebut dalam ucapan. Saya pulangkan kredit itu kepada beliau,” katanya.

Malah, beliau turut menyatakan bahawa usaha bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li yang diteruskan sepanjang pentadbirannya juga diberikan pengiktirafan sewajarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak mengejar nama atau pengiktirafan peribadi, sebaliknya lebih mengutamakan kebajikan dan manfaat yang diterima penduduk.

“Saya tak perlukan kredit. Yang penting orang Duyong dapat manfaat,” katanya.

Image from: Tak kenang budi? Calon PH ditewaskan YB Duyong, ungkit jasa MP DAP – “Saya tidak segan menyatakan kebenaran”

Beliau turut mengingatkan bahawa bantuan yang disalurkan kepada rakyat merupakan tanggungjawab setiap wakil rakyat dan kerajaan, bukannya bantuan yang diberikan atas dasar kepentingan individu.

“Kena ingat ada tanggungjawab Ahli Parlimen kepada rakyat, ada tanggungjawab menteri kepada rakyat, ada tanggungjawab negara pada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Noor Helmy berjaya mempertahankan kerusi DUN Duyong dengan majoriti besar sebanyak 10,067 undi pada PRN Melaka ke-16, sekali gus mencatatkan peningkatan ketara berbanding majoriti hanya 200 undi pada pilihan raya sebelumnya.

Beliau memperoleh 15,064 undi, jauh mengatasi Long Suan yang meraih 4,997 undi, sekali gus merekodkan kemenangan terbesar BN di kerusi berkenaan berbanding PRN terdahulu.

Sumber: FB Poo Long Suan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved