[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Alhamdulillah – Noor Helmy beri bayangan awal kejayaan di Duyong

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 8:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [TIDAK RASMI] PRN Melaka: Alhamdulillah – Noor Helmy beri bayangan awal kejayaan di Duyong

PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem memuat naik hantaran ringkas seolah memberi bayangan awal kejayaan mempertahan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

“Alhamdulillah,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook sebentar tadi.

Hantaran itu turut diiringi lagu nyanyian Maher Zain bertajuk Alhamdulillah.

Meskipun tanpa sebarang kenyataan panjang, perkongsian tersebut pantas menarik perhatian orang ramai apabila meraih lebih 12,000 tanda suka 2,000 komen serta 75 perkongsian dalam tempoh hanya 26 minit selepas dimuat naik.

Ruangan komen hantaran berkenaan turut dibanjiri ucapan tahniah daripada para penyokong dan pengundi di DUN Duyong yang menyifatkan keputusan tidak rasmi semasa memihak kepada penyandang kerusi itu.

Terdahulu, kiraan undi tidak rasmi menyaksikan Mohd Noor Helmy berada di hadapan dengan 15,064 undi meninggalkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) dalam saingan merebut kerusi DUN Duyong pada pilihan raya kali ini.

Untuk rekod, pada PRN Melaka 2021, Mohd Noor Helmy memenangi kerusi DUN Duyong dengan majoriti tipis 200 undi dalam pertandingan enam penjuru. – KOSMO! ONLINE

The post [TIDAK RASMI] PRN Melaka: Alhamdulillah – Noor Helmy beri bayangan awal kejayaan di Duyong appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved