“Saya mungkin lumpuh, boleh bawa haluan masing-masing kalau nak”- Luahan Hati Azlan Komeng Buat Isteri Sebak

Entertainment
20 Oct 2024 • 11:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pelakon lagak ngeri, Azlan Komeng dan isterinya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis, Pahang.

Dalam kemalangan itu, Azlan telah mengalami kecederaan pada kaki dan pinggul manakala isterinya pula mengalami cedera ringan.

Memetik laporan Gempak, Azlan berkemungkinan lumpuh akibat kecederaan yang dialaminya itu.

Namun, luahan hati Azlan Komeng kepada isterinya, Nur Nilam Ortiz membuatkan isterinya itu sebak.

“Suami cakap kalau nak bawa haluan masing-masing pun okay sebab dia kata yang dia mungkin lumpuh, tak boleh kerja atau sara saya,” kata Nilam.

Tapi saya cakap kalau setakat cacat tak ada hal lah, empat tahun selama ni dah macam-macam rintangan kita hadapi,” kata Nilam menerusi temu bual dengan Astro Gempak.

Menurut Nilam, dia sebak mendengar luahan hati suaminya itu namun dia tidak akan pernah meninggalkan suaminya itu kerana tetap sayang dengan pelakon itu.

Nur Nilam juga ada berkongsikan di akaun TikToknya tentang dia menjaga Azlan yang sakit.

@puan_nilamortiz

terima kasih suamiku @azlankomeng_official kau memegang akad kita dengan erat, berjanji mendahului aku dalam apa jua waktu,Allah telah memberi jawapan kepada setiap soalan yang aku tanyakan. dulu, kini dan selamanya akad ni aku akan gengam hingga ajal yang memisahkan

♬ original sound – Encik Senget – Encik Senget

Sama-sama kita doakan agar Azlan Komeng cepat sembuh dari kecederaan yang dialaminya.

Sumber: Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.