“Saya nak dia berdikari” – Ibu Minta Anak Belikan Air Mineral Raih Pujian Netizen

Entertainment
23 Feb 2024 • 6:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semakin anak-anak membesar, ibu bapa pasti akan mengajar mereka tentang kehidupan termasuklah sikap berdikari.

Tular di TikTok, satu video yang dimuat naik oleh @hayyanandmama memaparkan anak lelakinya sedang membeli air mineral di sebuah gerai makanan.

Ibu minta belikan air mineral, perhatikan dari jauh

Tanpa berkata apa-apa, budak lelaki tersebut dilihat sedang berdiri sambil menunggu peniaga gerai sedar akan kehadirannya. Dia juga berkali-kali pusing kepada ibunya yang memerhati dari jauh. Tidak lama kemudian, peniaga itu terus bertanya dia mahukan apa.

Dapat dilihat juga satu kotak berisi air botol mineral diletakkan di hadapan gerai tersebut lalu peniaga itu terus menghampiri kanak-kanak yang mahu membeli air mineral. Selepas dia berjaya memberi sebotol air mineral, dia terus jalan ke arah ibunya sambil berkata, “Seringgit.”

Ibu mahu anak berdikari

Menurut portal WORLD OF BUZZ, ibu kepada budak lelaki itu mahu anaknya, Hayyan berdikari walaupun baru berusia 4 tahun. Jadi, dia meminta anaknya untuk membeli air mineral di gerai sekitar Bangi, Selangor.

Anak saya berkata dia dahaga. Saya merasakan itu adalah peluang untuk dia menjadi berdikari apabila dia besar. Sebab itulah saya menyuruhnya membeli air sendiri.

Dia yang terharu melihat Hayyan makin membesar, dia mahu anaknya menjadi seorang yang berdikari apabila besar nanti.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen memuji reaksi comel Hayyan yang dapat membeli air mineral tersebut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.