
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan suami isteri pastinya mahu rumah tangga dibina kekal bahagia sehingga akhir hayat.
Namun sebagai manusia, ada hari kita diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran yang boleh mempengaruhi keharmonian sesebuah rumah tangga.
Situasi sebegini kadangkala menyebabkan ada segelintir pasangan kecundang dan memilih jalan untuk berpisah walaupun usia perkahwinan telah mencecah puluhan tahun lamanya.
Buat mereka yang melihat, pasti tertanya-tanya apakah faktor yang menyumbang kepada perkara menyedihkan ini hingga ada yang mahu langkah sepatutnya diambil bagi menangani isu perceraian.
JAKIM & JHEAIK Anjur Kursus Pasca Perkahwinan Buat Pasangan Dah Berkahwin 21 Tahun Ke Atas
Baru-baru ini, tular di media sosial video sebuah kursus melibatkan pasangan suami isteri di Kedah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @imanhassan87, kelihatan beberapa orang individu melakukan aktiviti bersama pasangan mereka dalam kursus berkenaan.
Masing-masing dilihat memegang tangan antara satu sama lain, bercakap seolah-olah seperti meluahkan sesuatu serta memeluk pasangan mereka sewaktu program berlangsung.
Malah, melaui perkongsian berasingan, peserta juga diberi peluang untuk menyertai makan malam romantis bersama pasangan selain memberi hadiah kepada pasangan mereka.
Kongsi pengguna itu, program tersebut merupakan Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025 yang diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos lalu.
Ia merupakan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).
Menariknya, hanya 15 pasangan yang usia perkahwinan telah mencecah 21 tahun ke atas dari Kedah dibenarkan menyertai program tersebut.
Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat ada pasangan yang telah bersama selama 39 tahun turut menyertai kursus berkenaan.
Penceramah Merupakan Wakil JHEAIK & Agensi Kerajaan Lain
Bukan itu sahaja, penceramah program pula merupakan pegawai yang terdiri daripada JHEAIK sendiri dan agensi seperti Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) serta Pejabat Kesihatan Daerah.
Menerusi program itu, peserta diajar mengenai cara untuk memperkukuh dan memperbaiki hubungan suami isteri serta diberikan panduan dan tips untuk mengatasi konflik dalam rumah tangga.
@imanhassan87 Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025 😍 #kursuspascaperkahwinan #fasasyurgacinta #tahun2025 #negerikedah #anjuranjheaik #jakim #syurgacinta #kekalbahagia ♬ suara asli – sholawatAikhodijah69❤❤
Tonton video penuh [DI SINI]
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐒𝐂𝐀𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐇𝐖𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐘𝐔𝐑𝐆𝐀 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓 GURUN, KEDAH, 31 JULAI-2 OGOS 2025 –…
Posted by Bahagian Keluarga Sosial & Komuniti, Jakim on Saturday 2 August 2025
Ramai Pasangan Muda Mahu Sertai Program Sama Untuk Baiki Hubungan Suami Isteri
Perkongsian yang telah mendapat lebih 110,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja dan setuju dengan penganjuran kursus pasca perkahwinan berkenaan.
Mereka berpendapat, program sebegitu seharusnya diperbanyakkan bagi mengelakkan daripada berlakunya perceraian lebih-lebih lagi di usia emas.
Malah, ada pasangan muda yang baru beberapa tahun mendirikan rumah tangga tertarik dan menyuarakan hasrat mahu menyertai program sedemikian bagi memperbaiki hubungan suami isteri.
Ketagihan Media Sosial Punca Perceraian Di Usia Emas
Sebelum ini, Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh mendedahkan banyak kes perceraian di usia emas melibatkan pasangan 50 tahun ke atas berpunca akibat ketagihan media sosial seperti penggunaan TikTok dan Facebook khususnya dalam kalangan suami.
Jelasnya, ketagihan ini menyebabkan komunikasi dan sentuhan fizikal antara pasangan semakin berkurang hingga menyebabkan isteri membuat keputusan untuk bercerai.
Malah, ramai isteri yang sudah tawar hati setelah bertahun lamanya menyimpan rasa terabai itu.
“Mereka yang nekad bercerai sering mengatakan keputusan itu dibuat kerana mereka sudah lama tidak bahagia.
“Selama ini, mereka bertahan demi anak-anak yang masih kecil, tetapi kini, apabila anak-anak sudah dewasa, mereka memilih untuk mengakhiri perkahwinan yang tidak membahagiakan.
“Masalah rumah tangga yang tidak diselesaikan dan diperbaiki juga menjadi punca utama berlakunya perpisahan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Kursus Pasca Perkahwinan Telah Diadakan Sejak Tahun 2016
Untuk info, kursus pasca perkahwinan sebenarnya telah diadakan sejak tahun 2016 lagi anjuran Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, kursus ini juga amat digalakkan untuk pasangan yang usia perkahwinannya kurang dari 5 tahun ke bawah yang dikenali sebagai Fasa Bulan Madu.
“Terdapat empat fasa perkahwinan di dalam kursus ini iaitu Fasa Bulan Madu (0 hingga lima tahun), Fasa Sehati Sejiwa (enam hingga 10 tahun), Fasa Semarak Kasih (11 hingga 20 tahun) dan Fasa Syurga Cinta (21 tahun ke atas).
“Jadi pelbagai aktiviti dan slot disediakan untuk peserta antaranya ceramah berkaitan pengurusan kesihatan keluarga, pengurusan kewangan keluarga, motivasi dan pengurusan psikologi serta pengurusan stres melalui ibadah dalam rumah tangga.
“Selain itu, turut diadakan aktiviti interaktif suami isteri dan qiamullail, oleh itu JAIN dan agensi selaku pelaksana kepada kursus ini sentiasa membuka peluang program ini kepada masyarakat luar,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Patut Banyakkan Lagi Kursus Macam Ini, Walaupun Dah Kahwin Bertahun Tapi Nak Kekalkan Kemanisan Macam Baru Kahwin Tu Tak Mudah”

“Untuk Pasangan Muda Ada Ke? Saya Rasa Yang Muda Pun Perlu Program Macam Ini”

“Saya Sokong Program Macam Ini, Dapat Menyelamatkan Banyak Lagi Rumah Tangga”

“Ini Betul, Kita Kena Pergi Kursus Kahwin Bukan Sahaja Sebelum Tapi Selepas Kahwin”

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Dedah Ketagihan Media Sosial Jadi Punca Pasangan Suami Isteri 50 Tahun Ke Atas Bercerai
Baca Artikel Berkaitan: Kedah & Sabah Catat Jumlah Pasangan Bercerai Paling Tinggi Dalam Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: Isteri Diceraikan Gara-gara Buang Sebelah Payudara Akibat Kanser Tahap 4
Source:



![Main Pancung Hingga Jadi Punca Kemalangan, Pemandu Myvi Dikritik Selamba Salahkan Rider [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)