“Saya Okay Je” – Wawa Zainal Akui Tak Kisah Aeril Zafrel Puji Pelakon Wanita Lain

7 Feb 2023 • 2:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal mengakui bahawa dirinya tidak mencemburui tindakan Aeril Zafril yang dikatakan telah memuji pelakon wanita yang lain.

Sebelum ini, satu rakaman mengenai suami usahawan itu memuji pelakon, Sophia Albarakbah telah tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Tidak kisah

image is not available

Susulan penularan video itu, pelbagai spekulasi netizen telah dibuat dan ada yang tertanya-tanya reaksi Wawa terhadap kenyataan tersebut. Walau bagaimanapun, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mendedahkan bahawa dirinya tidak kisah mengenai tindakan suaminya.

Sejujurnya, waktu mula-mula tengok video itu, saya okay saja. Tapi, bila ramai sangat netizen membuat spekulasi, ‘bini dia okaykah?’ dan macam-macam lagi, saya terus rasa normal atau tidak apabila saya tidak rasa apa-apa. Jadi saya buat-buat merajuk sekejap.

Sekadar info, Wawa telah mendirikan rumah tangga bersama Aeril sejak 2013 dan telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media