Saya okey je – Ismail Lasim

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 6:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saya okey je – Ismail Lasim

SEREMBAN -“Saya okey je.” Demikian reaksi ringkas Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung insiden membabitkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas solat Jumaat baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu yang berlaku di Kuala Pilah dekat sini.

“Tak ada apa nak komen pun. Hari ini sepak takraw je,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Pasukan Negeri Sembilan Antlers STL 2026 di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, beliau berkata, setakat ini proses persediaan masih berjalan seperti biasa.

“Saya rasa setakat ini masih sama. Proses penyediaan sidang DUN dekat dengan tarikh belanjawan itu tidak ada masalah dan akan diumumkan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Tuanku Muhriz menzahirkan kemurkaan terhadap Ismail dalam pertemuan di sebuah masjid di Kuala Pilah selepas solat Jumaat.

Menerusi video yang tular di media sosial, baginda dilihat enggan menerima menghadap Ismail. Ismail yang berbaju Melayu dilihat hanya mengangkat sembah ketika ditegur secara terbuka oleh baginda.

Krisis institusi diraja Negeri Sembilan berlarutan sejak April lalu apabila empat individu didakwa Undang mengumumkan penyingkiran Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar.-KOSMO! ONLINE

The post Saya okey je – Ismail Lasim appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved